Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini 2018

Powered by WP Review

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini 2018 – Berkuatkuasa 15 Januari 2018, bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200. Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji adalah RM100. Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini, Harga Passport Antarabangsa Malaysia, Harga Passport Terkini

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini 2018

Senarai harga rasmi bayaran passport antarabangsa Malaysia baharu mulai tahun 2018. Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa passport dua tahun RM200 sebelum ini telah dimansuhkan serta merta manakala pemohon passport boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 diskaun bagi passport untuk tempoh lima tahun (Harga asal RM300).

Berikut adalah senarai harga baharu passport antarabangsa Malaysia bagi tempoh Lima Tahun.

Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini

Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.

Kadar bayaran buat pasport Malaysia Antarabangsa adalah seperti berikut :-

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia Terkini Mulai 2018 ( Tempoh 5 Tahun)

  • Pemohonan biasa (13 Tahun-59 Tahun) – RM200
  • Warga Emas (60 Tahun keatas)- RM100
  • Kanak kanak (Bawah 12 Tahun) – RM100
  • Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) – RM100
  • Jemaah haji – RM100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)- Percuma