Honda HR-V Facelift Terbaru 2018 di pasaran Malaysia?

Powered by WP Review

Honda HR-V Facelift Terbaru 2018 di pasaran Malaysia? – Tersempak gambar Honda Vezel atau yang lebih dikenali kita sebagai Honda HR-V terbaharu. Gambar ini datang dari car250.com. Menurut maklumat risikan, kereta baharu itu adalah model yang sudah lama tidak muncul di pasaran. Selepas menyemak dan menapis senarai model sedia ada di laman web Honda Malaysia, kami hampir pasti dapat mengesahkan model tersebut ialah HR-V facelift.

Honda HR-V Facelift Terbaru 2018 di pasaran Malaysia?

Honda HR-V Facelift Terbaru 2018 di pasaran Malaysia?

 

Odyssey (2018) pula baru saja dilancarkan semalam. Jadi, model yang tinggal cuma HR-V yang kali terakhir muncul pada 2015. Kebetulan pula kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bakal debut di Jepun pada 15 Februari ini dalam versi facelift dengan rupa diperbaharui.

Gaya Honda HR-V Facelift 2018 Yang Lebih Menarik

Honda HR-V Facelift Terbaru

Honda HR-V Facelift Terbaru 2018

Melihat pada gamnbar ini, gril dan bumpernya telah diubahsuai. Gril baharu ini mendapat lebih banyak krom, sesuatu yang saya rasa amat disukai oleh kita di Malaysia. Perubahan ini selari dengan penampilan terbaru Honda Accord dan Civic generasi kesepuluh, City facelift dan juga Honda HR-V versi Mugen.

Gambar Honda HR-V ini mengambarkan warna Midnight Blue Metallic dan Pearl White.

Lampu utamanya turut ditukar kepada unit baru menggunakan LED reflector penuh, bukan lagi projector LED seperti yang sekarang. Lampu kabusnya juga menerima pengubahsuaian.