Honda Odyssey 2018 serba baru lebih premium

Powered by WP Review

Honda Odyssey 2018 serba baru lebih premium – Honda Malaysia Sdn Bhd pengedar utama kenderaan jenama Honda di negara ini melancarkan model Odyssey baru untuk pasaran tempatan di Shah Alam, petang tadi. Model kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipertingkatkan itu diimport sepenuhnya dari Jepun kini dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju Honda Sensing.

Honda Odyssey 2018 serba baru lebih premium

Honda Odyssey 2018 serba baru lebih premium

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial berkata Odyssey adalah model ketiga selepas CR-V dan Accord dilengkapi ciri keselamatan itu yang memenangi anugerah dalam ASEAN NCAP Grand Prix 2016.

Ciri-ciri Honda Odyssey 2018 serba baru

Teknologi Honda Sensing terdiri daripada 6 ciri utama: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Laluan (LDW), Mitigasi Tukar Jalan (RDM), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS), Amaran Rempuhan Depan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS).

MPV saiz penuh itu dijana enjin Earth Dreams 2.4L DOHC i-VTEC dengan gabungan kotak gear CVT yang menawarkan penjimatan bahan api terbaik. Cuma satu varian ditawarkan, 2.4L EXV dengan Honda Sensing pada harga RM254,800, termasuk GST tanpa insurans. Pilihan warna menampilkan Platinum White Pearl (putih), Premium Twinkle Black Pearl (hitam), dan Super Platinum Metallic (perak).

“Odyssey baru kini tampil lebih premium dengan bampar hadapan dan gril baru serta rekaan lampu belakang LED dan rim aloi dua tona 17 inci bergaya,” katanya ketika majlis pelancaran.

Ruang dalaman juga diberi penambahbaikan seperti perehat tangan lebih besar untuk pemandu, ruang simpanan barangan tambahan dan tempat duduk Premium Captain dengan ciri Ottoman pada baris kedua bagi keselesaan perjalanan jarak jauh.

Harga Honda Odyssey 2018 yang ditawarkan

Satu varian ditawarkan iaitu 2.4L EXV dengan harga jualan bermula daripada RM254,800 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan akan mula berada di pasaran bermula Mac.

[ BACA: Honda HR-V Facelift Terbaru 2018 di pasaran Malaysia? ]

Sumber: myMetro, pandulaju