Inai Homemade Lagi Merah, Tahan Lama & Boleh Bawa Solat

Inai Homemade Lagi Merah, Tahan Lama & Boleh Bawa Solat – Inai homemade ini ada banyak sangat kelebihannya, jadi sesuai sangat untuk anda yang suka pakai inai cuba buat sendiri ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh saudari Rosdiana Dian. Lagi pun nak cari daun inai bukan senang zaman sekarang, elok sangatlah tiru buat inai moden macam ini…

Hi semua…

Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget.

Inai Homemade Lagi Merah, Tahan Lama & Boleh Bawa Solat

3 Bahan-bahan asas:

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas, kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi). Atau,sabun axion pun boleh.

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap, ikut lah nak warna apa pun… oren, purple, hijo, coklat ke hitam ke. Siapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… itu tak boleh, lain jadinya karang. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

SUKATAN KAPUR

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi… jangan banyak sangat kang lain jadinya.. Hehehee.

JENIS PEWARNA

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Ini la pewarna makanan yang mak pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Rege dalam rm2.50. Ada jugek yang pakei sirap. Tak kesah la Uolls nak kaler apa pun.. ungu ke.. ijau ke… hitam coklat ke.. mak tak rela pulak nak kaler ijau.. Hihihi.. Tapi…. jangan yang jenis kordial tu tau.. naiyaaa ja kang tak jadik.

HASILNYA

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Ni struktur bancuhan 3 bahan asas tadi.

Sentiasa pengantin baru ler katakannnn…

Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama.. kejap ja pudar.

Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden ni.

Cara-cara bancuhan:

Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air, kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar.

Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong. Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam quitick tu. Tak percaya, lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.

cara buat inai, inai, pemerah kuku, cara buat pemerah kuku, inai homemade, buat sendiri inai

Selamat mencuba!

Search terms: