Inilah cara merawat demam selsema tanpa makan ubat

Powered by WP Review

Inilah cara merawat demam selsema tanpa makan ubat – Sebenarnya banyak alternatif lain untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan.

Selain itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda awal sebelum demam, badan panas dan selesema bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan supaya cepat sembuh

merawat demam selsema tanpa makan ubat

Inilah cara merawat demam selsema tanpa makan ubat

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah seperti hidung berair dan tersumbat mahupun sakit tekak

Menurut petua orang dahulu, jenis makanan yang disenaraikan seperti dibawah mampu membantu untuk memulihkan deman, badan panas dan selesema, ia diakui dengan kajian kesihatan yang telah dijalankan

Halia
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan.
Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria
Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
Air Beras
Untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam

________________________________________________________________

Selsema membuatkan kita rasa tidak selesa. Ianya merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Berikut disertakan petua rawat selsema yang paling berkesan atau ubat selesema yang terbaik untuk panduan semua.

Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan secara langsung.
Dan Mengubatinya
Selsema
Kanak-kanak dengan ketahanan penyakit yang rendah berbanding dewasa akan mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6 hingga 12 kali dalam setahun, manakala orang dewasa boleh mengidap selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala Selsema
Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan.
Mata berair.

Cara Merawat/ Rawatan Selsema
Jika anda menghidapi selsema, cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk mengatasi penyakit selsema anda.

1) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.
2) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
3) Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
4) Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali – via 101 Petua

Search terms: