Isuzu D-Max 2018 Harga, Spesifikasi, Gambar & Review

Powered by WP Review

Isuzu D-Max 2018 Harga, Spesifikasi, Gambar & Review – ISUZU Malaysia Sdn Bhd pengedar utama kenderaan Isuzu di negara ini memperkenalkan model baru trak pikap D-Max yang dipertingkatkan pada bahagian luaran dan dalaman hari ini di Kuala Lumpur.

Isuzu D-Max 2018 Harga, Spesifikasi, Gambar & Review

 

Untuk model D-Max Premium 3.0 liter dan 2.5 liter serta Z-Prestige kini dilengkapi sistem hiburan dan maklumat dengan skrin sesentuh bersaiz 8 inci.

Isuzu D-Max 2018 Harga, Spesifikasi, Gambar & Review

Ia berciri mesra pengguna dengan ketersambungan Bluetooth, sistem kedudukan global (GPS), “Smart Mirroring”, Wi-Fi, USB, dan iPod.

Kerusi kulit baru juga dipasangkan pada model Premium AT (3.0L) dan Z-Prestige dengan reka bentuk sporty dan kontemporari.

Ciri-ciri tambahan Isuzu D-Max 2018

Ciri tambahan lain yang disediakan ialah pelantar kargo gelongsor boleh ditarik ke pintu bahagian belakang bagi memudahkan urusan mengangkat dan mengambil barangan.

Warna baru Ungu Cavalry Mica akan menggantikan warna lama iaitu Biru Nautilus Mica antara pembaharuan yang diberi bagi trak pikap ini.

Harga Isuzu D-Max 2018

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula daripada RM105,811 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti pengeluar atau 150,000 kilometer yang mana lebih dahulu. – myMetro