Jadual Waktu Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) Tahun 2018

Powered by WP Review

Semakan Tarikh Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018/ 2019 (SPM Ulangan). SPMU exam date? Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2018. Berikut dikongsikan tarikh jadual peperiksaan SPMU 2018 yang meliputi tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis. Takwim Pentakisran dan Peperiksaan Awam tahun 2018 beserta Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan) Tahun 2018/ 2019

Untuk makluman, peperiksaan SPM(U) akan diadakan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Jun dan sesi kedua pada November setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPM(U) 2018 hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM. Pelajar berpeluang untuk memilih di antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan

Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU 2018

Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPMU sesi Jun dan November akan dibuka secara serentak bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun di Portal Rasmi LPM. Peperiksaan sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua pula pada bulan November.

Untuk pelajar calon persendirian dan ingin mendaftar peperiksaan SPMU, boleh berbuat demikian pada bulan Mac iaitu kelazimannya dari 1 Mac hingga 31 Mac setiap tahun. Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jadual Peperiksaan SPMU Tahun 2018/ 2019 (Tarikh Periksa)

Berikut dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) buat rujukan pelajar. Jadual lengkap beserta tarikh, masa dan mata pelajaran akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan SPMU

Sesi Jun

  • Ujian Lisan : 4 Hingga 30 Jun 2018
  • Ujian Bertulis : 25 Hingga 27 Jun 2018

Sesi November

  • Ujian Lisan : 4 Hingga 30 Jun 2018
  • Ujian Bertulis : 13 November Hingga 13 Disember 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPMU

  • Akan dikongsikan dari masa kesemasa

Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM Ulangan

Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM Ulangan :-

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan.
  3. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2018.
  4. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
  5. Calon dikenakan bayaran RM 30.00.
  6. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  7. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2018 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Maklumat Lanjut/ Semakan Keputusan

  • Link muat turun Jadual waktu Peperiksaan SPMU dalam PDF akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh LP Malaysia.
  • Semakan keputusan SPMU pula boleh disemak sekitar bulan Ogos 2018 untuk sesi Jun manakala Mac 2018 untuk bulan November.

Selamat menghadapi peperiksaan SPM Ulangan 2018/ 2019. Semoga jadual peperiksaan SPMU boleh dijadikan panduan dalam merancang ulangkaji mata pelajaran. Moga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. – permohonan.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih