Jawatan Kosong Polis Bantuan Lelaki / Wanita Februari 2018

Powered by WP Review

Jawatan Kosong Polis Bantuan Lelaki / Wanita Februari 2018 – Jawatan kosong polis bantuan TNB kini dibuka! Perhatian warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai polis bantuan, anda boleh memohon jawatan tersebut sebelum tarikh tutup pada 18 Februari nanti. Permohonan perlu dibuat secara online sahaja melalui portal Brighspot TNB.

Jawatan Kosong Polis Bantuan Lelaki / Wanita Februari 2018

Jawatan Kosong Polis Bantuan Lelaki / Wanita Februari 2018

Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem.

Pendaftaran sebagai pemohon berdaftar hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Manakala permohonan perlu dilakukan mengikut kekosongan yang ditawarkan menggunakan akaun pemohon berdaftar.

KEKOSONGAN JAWATAN POLIS BANTUAN TNB

Berikut adalah syarat kelayakan:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.
  3. Tidak mempunyai masalah penglihatan dan masalah pendengaran.
  4. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.
  5. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
  6. Indeks Jisim Badan atau Body MassIndex (BMI) mestilah 30 dan ke bawah.
  7. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang- kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan tersebut.

Pastikan anda juga memenuhi syarat kelayakan ukuran fizikal seperti berikut:

  1. Lelaki
    Ketinggian minimum: 168cm
    Berat minimum: 54kg
    Ukuran dada: 81cm (biasa) – 86cm (tarik nafas)
  2. Perempuan
    Ketinggian minimum: 158cm
    Berat minimum: 46kg
    Pastikan anda baca juga: Cara Mohon Kerja Kerajaan Melalui Portal SPA8i

BUTIRAN JAWATAN POLIS BANTUAN TNB

  • Gaji yang ditawarkan adalah RM1,000 sebulan.
  • Elaun dobi RM60 + elaun elektrik RM85 disediakan.
  • Jawatan yang ditawarkan bertaraf kontrak dan akan diserap ke lantikan tetap selepas 2 tahun berkhidmat.

CARA MEMOHON JAWATAN POLIS BANTUAN TNB

  • Semua maklumat dalam permohonan mestilah dilengkapkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk di temuduga.
  • Hanya calon-calon yang berjaya menamatkan latihan asas Pengawal Keselamatan (Polis Bantuan) akan dipertimbangkan untuk jawatan kosong di atas.
  • Permohonan adalah secara‘On-Line’. Sila layari laman web seperti di bawah:

https://emadis.tnb.com.my atau www.tnb.com.my>>Careers>>Brightspot>>JobApplication

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi: 03-22965566 (ext : 6430,6570,6467,6591)