JomPAY Cara Mudah Membayar Bil Air Online

Powered by WP Review

JomPAY Cara Mudah Membayar Bil Air Secara Online. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa mulai 1 Januari 2018, semua pembayaran bil air yang berasaskan perbankan Internet dan telefon mudah alih hanya boleh dilakukan melalui perkhidmatan JomPAY sahaja. Dengan menggunakan saluran pembayaran JomPAY, pelanggan boleh membuat pembayaran bil air secara dalam talian melalui mana-mana 40 institusi perbankan di Malaysia.

JomPAY Cara Mudah Membayar Bil Air Online

Untuk membuat pembayaran melalui JomPAY:

I.        Log masuk ke perbankan internet melalui komputer atau telefon mudah alih anda

II.        Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY

III.        Masukkan biller code (4200), Ref-1: No. Akaun air anda

IV.        Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.

Cara Membayar Bil Selain JomPAY

Selain pembayaran bil air melalui JomPAY, pelanggan juga boleh membuat pembayaran bil air di cawangan atau kaunter SYABAS, ejen kutipan yang sah seperti ePay, MOL, Pos Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

SYABAS iaitu ahli kumpulan kepada Air Selangor, juga sedang menuju ke arah ‘Mesra Alam’ dengan memperkenalkan perkhidmatan e-bil yang baharu. Daftar dan kemaskini maklumat anda di https://update.airselangor.com  untuk menerima e-bil anda bermula Januari 2018.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.

JomPAY Cara Mudah Membayar Bil Air