Permohonon Kemasukan ke Kolej Vokasional KPM, Sekolah Teknik, WISDEC & GIAT MARA

Powered by WP Review

Permohonon Kemasukan ke Kolej Vokasional KPM, Sekolah Teknik, WISDEC & GIAT MARA – Kepada ibu bapa yang melihat potensi anak anda ke arah kemahiran atau kepada pelajar sendiri yang meminati bidang kemahiran, anda bolehlah membuat permohonan kemasukan ke institusi kemahiran. Sekiranya, anda sedang menduduki peperiksaan PT3 2017 sekarang, anda boleh memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi kemasukan ke institusi kemahiran untuk ambilan Januari 2018.

Kemasukan ke Kolej Vokasional KPM

 

Permohonon Kemasukan ke Kolej Vokasional KPM, Sekolah Teknik, WISDEC & GIAT MARA

Institusi Kemahiran Di Malaysia

Permohonan dibuka untuk ke institusi berikut :

  • Kolej Vokasional KPM (Diploma kemahiran)
  • Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
  • Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  • GIATMARA

Syarat Asas Kelayakan Permohonan 2018

  • Warganegara Malaysia
  • Tingkatan 3 tahun 2017
  • Sihat dan sesuai fizikal
  • Bebas daripada penyakit kronik

Cara Membuat Permohonan

Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017. Jika berminat untuk membuat permohonan, boleh layari https://sptv.moe.gov.my dan klik pada permohonan kemasukan.

Nota : Permohonan hanya boleh dibuka sepanjang tarikh diatas sahaja.

Setelah memilih permohonan mengikut aliran masing-masing, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online dengan mengisi no. My Kad pada ruangan yang tersedia

Sekiranya pemohon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sila maklumkan perkara ini kepada guru kelas atau pihak sekolah

Sila dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan lain sila hubungi alamat berikut :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan jika artikel ini berguna silalah share kepada rakan-rakan anda.