Keputusan Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei Mara

Powered by WP Review

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei  – Jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran pemain negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia selepas dua beregu utama – lelaki dan wanita gagal melepasi halangan awal mereka. Stadium Perpaduan, Petra Jaya, di sini, terus menyaksikan Chong Wei kekal  harapan terbaik negara di kejohanan yang menawarkan hadiah US$600,000 (RM2.64 juta), sekali gus memburu gelaran kali ke-12.

keputusan badminton terbuka malaysia

Chong Wei kini menjadi wakil tunggal negara dalam acara ini, apabila menang 21-16, 21-18 untuk mengenepikan cabaran Rajiv Ouseph dari England selepas Liew Daren tunduk 12-21, 13-21 di tangan Viktor Axelsen dari Denmark.

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei

Beliau yang juga pilihan pertama kejohanan akan berdepan wakil Hong Kong, Hu Yun di pusingan kedua esok, yang mara selepas menundukkan pemain Denmark, Anders Antonsen 21-17, 19-21, 21-10.

Kejayaan Chong Wei sedikit sebanyak melegakan penonton selepas melihat pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta beregu wanita, Woon Khe Wee-Vivian Hoo gagal melepasi halangan pertama mereka.

V Shem-Wee Kiong yang juga pilihan utama beregu lelaki tewas 17-21, 21-23 kepada Tang Chun Man-Or Chin Chung dari Hong Kong manakala Khe Wei-Vivian tunduk  di tangan pasangan China, Bao Yixin-Yu Xiaohan 21-13, 17-21, 26-28.

Namun kekecewaan peminat terubat apabila satu lagi pasangan negara, Choo Kah Ming-Low Juan Shen meneruskan kemaraan selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Lee Yang 22-20, 21-16.

Keputusan Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei

Cabaran beregu wanita negara kini hanya digalas gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean selepas mereka menewaskan beregu Indonesia, Dian Fitriani-Nadya Melati 21-18, 21-14 selepas bertarung selama 38 minit.

Mei Kuan-Meng Yean dijadual menentang pilihan keempat dari China, Chen Qingben-Jia Yifan yang mara selepas menewaskan pasangan England, Lauren Smith-Sarah Walker 21-13,21-14.

Perseorangan wanita menyaksikan pemain muda negara, Goh Jin Wei mara ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Indonesia, Yulia Yosephine Susanto 21-15, 20-22, 21-17. Keputusan Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei

Pada pusingan kedua, Jin Wei akan berdepan pemain China, Chen Yufei yang membuat kejutan menewaskan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 yang juga juara Terbuka India minggu lalu, Pusarla V Sindhu dari India 18-21, 21-19, 21-17. – BERNAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih