Cara Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2

Powered by WP Review

Cara Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 – Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 tahun 2018.

UKSBP adalah merupakan satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran memasuki SBP.

Bagi murid yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ambilan tahun 2018, anda hendaklah menyemak samada terpilih untuk menduduki UKSBP atau tidak.

Cara Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2

Semakan kelayakan dan pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) boleh dibuat secara online mulai 20 Januari hingga 24 Januari 2018 menerusi pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm

Sila masukkan angka giliran UPSR 2017 dan klik butang “Klik Untuk Semak” untuk mula menyemak.

Lokasi Dan Tarikh UKSBP Fasa 2

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP di seluruh negara. Tarikh ujian adalah pada 23 dan 24 Januari 2018.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh uksbp

Untuk info lanjut dan terkini mengenai kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah SBP. Semoga anda berjaya dalam UKSBP dan seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

______________________________________________________

Semakan Keputusan Ujian Kemasukan SBP UKSBP 2018 Online | ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2018? Untuk makluman anda, kepada anda yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP, anda perlu membuat semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 30 November 2017.

Semakan Keputusan Ujian Kemasukan SBP UKSBP 2018 Online

Ujian Kemasukan SBP yang baru diperkenalkan pada tahun ini merupakan syarat kemasukan ke SBP dimana ia adalah satu ujian saringan yang diwujudkan kepada murid yang terpilih sahaja.

Semakan Keputusan Ujian Kemasukan SBP UKSBP 2018 Online

Berikut dikongsikan semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP 2018 secara online:

◾ Tarikh Semakan: 30 November 2017
◾ Aplikasi Semakan:

KLIK: 👉 KPM

Tarikh Ujian Kemasukan SBP 2018

1. Tarikh UKSBP 2018 bakal bermula mulai
11 hingga 14 Disember 2017 bagi semua
negeri

2. 12 hingga 15 Disember 2017 bagi negeri
Selangor

Syarat Pemilihan Kemasukan Ke SBP

Berikut dikongsikan syarat pemilihan kemasukan ke SBP bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4:

Pemilihan Tingkatan 1:

◾Mestilah Warganegara Malaysia
◾Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
◾Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
◾Cemerlang dalam akademik
◾Aktif dalam kokurikulum

Pemilihan Tingkatan 4:

◾ Mestilah Warganegara Malaysia
◾ Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
◾Cemerlang akademik
◾Murid lulus saringan/temuduga
◾Aktif dalam kokurikulum

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih