Keputusan Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32

Powered by WP Review

Keputusan Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32.  KUALA LUMPUR: Lagu ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong berjudul Jampi nyanyian Hael Husaini muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000, berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu berjudul Sejati ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Azmi Caliph Busker.

Ia membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.Lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu nyanyian Haqiem Rusli mendapat tempat ketiga.

Keputusan Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32.

Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Sementara itu, gandingan Syamel dan Ernie Zakri tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, trofi, dan baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Persembahan Terbaik pula milik Altimet menerusi lagu Amboi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A8 berserta trofi.

Manakala, Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung menjadi milik Khai Bahar membawa pulang trofi dan telefon pintar Samsung A8+.

12 finalis bertanding terdiri daripada Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel) dan Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri).

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahanda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Sementara itu, persembahan pembukaan pada acara tersebut turut diserikan dengan penampilan Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hashim menerusi lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

AJL31 juga turut menampilkan Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah.

Mereka menyampaikan lagu-lagu popular era Pop Yeh-Yeh seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Pada tahun ini, AJL32 mengangkat tema Fesyen dan Muzik di mana kedua-dua elemen ini sering bergerak seiring dan saling melengkapi.

AJL32 yang disiarkan secara langsung di TV3 menampilkan pasangan pengacara iaitu Alif Satar dan Sherry Al-hadad.

Menariknya untuk edisi kali ini, rekaan pada trofi yang dimenangi pemenang merupakan cetusan idea pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. – mStar

______________________________________________

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) 2018. Sebanyak 12 buah lagu telah berjaya layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) yang dijadualkan akan berlangsung pada 11 Februari 2018, jam 9:00 malam. Sama-sama lah kita tunggu keputusan AJL 2018, siapakah yang akan menjadi juara AJL 32. Berikut senarai penuh lagu, artis, komposer, penulis lirik dan muzik video bagi lagu-lagu yang akan berentap di AJL 32:

Keputusan Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32

Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) 2018

Lagu : Akhirnya Cinta
Artis : Salma Asis
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai & Slen

Lagu : Bayang
Artis : Khai Bahar
Komposer : Eddy Khalifah
Penulis Lirik : Eddy Khalifah

Lagu : Sejati
Artis : Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

Lagu : Amboi
Artis : Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

Lagu : Aku Yang Sebenar
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Datuk M. Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

Lagu : Warkah Untukku
Artis : Ara Johari
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

Lagu : Separuh Mati Ku Bercinta
Artis : Dayang Nurfaizah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

Lagu : Lebih Sempurna
Artis : Syamel
Komposer : Syamel/Edry Abdul Halim/Boy Anaz
Penulis Lirik : Syamel

Lagu : Tergantung Sepi
Artis : Haqiem Rusli
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

Lagu : Jampi
Artis : Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Lagu : Menahan Rindu
Artis : Wany Hasrita
Komposer : Gouffran & Ibnu
Penulis Lirik : Gouffran & Ibnu

Lagu : Aku Cinta
Artis : Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

Lagu dan artis manakah akan dinobatkan sebagai Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32)? Artis dan lagu manakah pilihan anda? Sama-sama kita nantikan!

Keputusan senarai Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 32 yang akan berlangsung pada Januari 2018. Kini berlangsung  Separuh Akhir Muzik Muzik 32 dimana daripada senarai 30 Lagu yang bertanding, hanya 12 lagu sahaja layak terpilih dan dipertandingkan pada malam Anugerah Juara Lagu AJL 32 yang akan berlangsung pada Januari 2018. Pentas Muzik-muzik 32 akan berlangsung selama 3 minggu berturut-turut bermula 29 Oktober 2017 sehingga 12 November 2017 dan disiarkan pada setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di TV3.

Keputusan Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

Ahad 29 Oktober 2017- 9.00 Malam

1. Mata – Ayda Jebat
2. Amboi – Altimet
3. Akhirnya Cinta – Salma
4. Sejati – Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)
5. Segalanya – Haqiem Rusli
6. Aku Yang Sebenarnya – Hazama dan Penglipurlara
7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Tajul dan Wany Hasrita
8. Aisyah – Projector Band
9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi
10. Bayang – Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

Ahad 5 November 2017- 9.00 Malam

1. Rempuh – Tomok dan Black
2. Jangan Menangis – Aizat Amdan
3. Warkah Untuk Mu – Ara Johari
4. Zalikha – Floor 88
5. Jangan Pernah Berdusta – Drama Band dan Haiza
6. Aku Sanggup – Sufi Rashid
7. Terus Mencintai – Siti Nordiana
8. Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah
9. Permata Cinta – Aiman Tino
10. Harus Aku – Sufian Suhaimi

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)

Ahad 12 November 2017- 9.00 Malam

1. Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri.
2. Menahan Rindu – Wany Hasrita.
3. Menanti Janji – Ronnie Hussin.
4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.
5. Sedalam – Dalam Rindu – Tajul.
6. Sabar – Ismail Izzani.
7. Lebih Sempurna – Syamel.
8. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli.
9. Berakhirlah Sudah – Atmosfera.
10. Jampi – Hael Husaini

Keputusan Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32

Akan diumumkan pada 12 November 2017

Sumber: melvister.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search terms: