Keputusan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018

Powered by WP Review

Keputusan Peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018. SELEPAS terlepas saingan tahun lepas, pelumba Itali, Andrea Guardini kembali semula untuk mengumpul 23 kemenangan peringkat apabila menjuarai peringkat pertama Le Tour de Langkawi LTdL 2018 yang bermula dari Kangar dan berakhir di Kulim Hi-Tech Park di sini, hari ini. Bereputasi sebagai pelumba pecut paling banyak memenangi peringkat saingan LTdL sejak 2011, pelumba pasukan Bardiani-CSF itu menamatkan perlumbaan sejauh 147.9km itu dalam masa tiga jam, 29 minit dan 04 saat.

Keputusan LTdL 2018

Keputusan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018

Dalam persaingan sekelompok pelumba menuju ke garisan penamat, kesemua 10 pelumba teratas diberikan masa yang sama.

Tempat kedua di dihuni pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling dengan menyandang jersi putih selaku pelumba terbaik Asia manakala pelumba China, Wang Bo (Hengxiang Cycling) memakai jersi Polka Dot, selaku Raja Bukit.

Kemenangan Guardini, yang diberi jolokan ‘Mr Langkawi’, turut menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan juga jersi hijau, selaku Raja Pecut, dengan mengumpul 19 mata di tiga zon pecutan – Kerpan, Alor Setar dan Guar Cempedak.

Juara Le Tour de Langkawi LTdL 2018

Pelumba kelahiran Tregnago itu meraih lima kemenangan peringkat pada 2011, enam (2012), satu (2013), dua (2014) dan masing-masing empat kemenangan peringkat pada 2015 dan 2016, selain meraih jersi biru selaku Raja Pecut sebanyak tiga kali iaitu pada 2011, 2012 dan 2016.

Guardini, pelumba berusia 28 tahun itu, tidak menyertai edisi tahun lepas apabila menamatkan penyertaan singkat semusim bersama Team UAE Emirates.

Sejumlah 22 pasukan berstatus Jelajah Profesional Dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan menyertai saingan kali ini meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341.2km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.

Esok, peringkat kedua saingan dari Gerik ke Kota Bahru melibatkan jarak 208.3km. – Bernama

Berikut adalah jadual laluan pelumbaan LTDL 2018 yang diadakan di 10 peringkat dari 16 Mac hingga 25 Mac 2018:

Stage 1: 16 Mac, Jumaat (Kangar – Kuala Ketil), 117 KM

Stage 2: 17 Mac, Sabtu (Gerik – Kota Bharu), 207 KM

Stage 3: 18 Mac, Ahad (Kota Bharu – Kuala Terengganu), 166 KM

Stage 4: 19 Mac, Isnin (Dungun – Pekan), 177.6 KM

Stage 5: 20 Mac, Selasa (Raub – Cameron Highlands), 140.4 KM

Stage 6: 21 Mac, Rabu (Batu Gajah – Taiping), 112 KM

Stage 7: 22 Mac, Khamis (Tapah – Kapar), 157.1 KM

Stage 8: 23 Mac, Jumaat (Putrajaya – Rembau), 106.8 KM

Stage 9: 24 Mac, Sabtu (Port Dickson – Batu Pahat), 218.9 KM

Stage 10: 25 Mac, Ahad (Senawang – Kuala Lumpur), 134.4 KM

Keputusan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018