Semakan keputusan Matrikulasi 2018 online

Powered by WP Review

Semakan keputusan Matrikulasi 2018 online – Di sini kami akan kongsikan cara untuk menyemak Keputusan Matrikulasi Sesi 2018 / 2019 secara Online dan SMS. Panduan ini khas untuk pelajar SPM 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sesi kemasukan 2018/ 2019. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan Matrikulasi 2018 dijangka akan diumumkan sekitar bulan April 2018.

keputusan Matrikulasi, keputusan Matrikulasi 2018, keputusan Matrikulasi 2018 online

Semakan keputusan Matrikulasi 2018 online

Untuk makluman, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2017 diumumkan secara rasmi.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Nota : Kami akan kongsikan tarikh rasmi selepas diumumkan oleh pihak KPM.

Cara Semak Keputusan Tawaran Matrikulasi

Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Matrikulasi sesi 2018/ 2019 meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.

A. Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Pelajar SPM tahun 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan perlu mengemaskini borang permohonan secara online. Pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.

Tarikh Kemaskini : Akan dikemaskini (Tahun lepas adalah pada 13 Hingga 27 Februari 2017)

B. Semakan Keputusan Matrikulasi

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan Matrikulasi sesi 2018/ 2019 secara online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat permohonan rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.

i) Tarikh Rasmi Semakan Matrikulasi

2018 : Akan dikemaskini
2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
2016 : 14 hingga 26 April 2016

ii) Applikasi Semakan Online

Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi.

LAMAN SEMAKAN : KEPUTUSAN PENEMPATAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018/2019 

Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran.

iii) Semakan Melalui SMS

Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.