Keputusan Parlimen Langkawi PRU14 Seawal 9 Malam

Powered by WP Review

Keputusan Parlimen Langkawi PRU14 Seawal 9 Malam. KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Parlimen Langkawi dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah dijangka akan diumumkan seawal 9 malam esok. Pegawai Pengurus Pilihan Raya P004 Langkawi, Muhamad Arof Darus berkata, proses pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi.

keputusan langkawi PRU14

Keputusan Parlimen Langkawi PRU14 Seawal 9 Malam

Menurutnya, sebanyak 25 pusat mengundi akan dibuka di seluruh Langkawi bagi proses mengundi membabitkan 42,697 pengundi, esok.

“Daripada jumlah itu seramai 21,297 adalah pengundi untuk DUN Ayer Hangat.

“Manakala bagi DUN Kuah seramai 21,400 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika dihubungi.

Muhamad Arof berkata, semua pusat pengundian dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Parlimen Langkawi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili parti gabungan pembangkang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Nawawi Ahmad (BN-UMNO) dan Zubir Ahmad (PAS).

Bagi DUN Ayer Hangat, penyandang, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (BN-UMNO) dicabar Johari Bulat (PKR) dan Azlina Azinan (PAS).

Manakala Nor Saidi Nanyan selaku penyandang kerusi DUN Kuah berhadapan saingan empat penjuru yang turut disertai Mohd Firdaus Ahmad (PKR), Mazlan Ahmad (PAS) dan Muhamad Ratu Mansor (Bebas). – myMetro

Keputusan Parlimen Langkawi PRU14 Seawal 9 Malam