Semakan keputusan peperiksaan SPM 2017 online dan SMS

Powered by WP Review

Cara semak keputusan SPM 2017 online Dan Tarikh Rasmi Result Diumumkan. Bagaimana cara semak keputusan peperiksaan SPM 2017 yang telah diadakan dari 6 November hingga 4 Disember 2017 yang lalu? Pelajar Tingkatan 5 kini mempunyai masa yang panjang sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka keluar pada bulan Mac 2018. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2017 secara Online Dan SMS akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ruangan pemberitahuan.

keputusan peperiksaan SPM 2017, peperiksaan SPM 2017 online, Semakan keputusan peperiksaan SPM 2017, tarikh keputusan peperiksaan SPM 2017

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2017 online dan SMS

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Mac 2017. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online SPM dan juga khidmat SMS.

Cara semak keputusan SPM 2017 online Dan Tarikh Rasmi Result Diumumkan

Berikut dikongsikan cara mendapatkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2017 meliputi kemaskini tarikh rasmi keputusan diumumkan, cara semakan dan analisis peperiksaan.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2017 : Akan dikemaskini
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2017 diumumkan adalah pada hari * Akan dikemaskini

A. Cara Semakan Keputusan SPM 2017

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan SPM 2017 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada * Akan dikemaskini
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Semakan Keputusan SPM Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Contoh semakan keputusan spm melalui sms

B. Kenyataan Media KPM

  • Maklumat berkaitan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai keputusan semakan SPM 2017 akan dikongsikan dari masa kesemasa.

C. Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2017

Analisa keputusan peperiksaan SPM tahun 2017 akan dikemaskini selepas pengumuman daripada KPM.

Sebagai rujukan, berikut adalah ringkasan analisis keputusan SPM tahun 2016 :-

1. Keputusan Semua A+

Calon yang mendapat keputusan semua A+ adalah seramai 102 orang (1.94 peratus) daripada 434,535 calon SPM 2016. Keputusan seklaigus mencatakan penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015

2. Indeks GPN

SPM 2016 berjaya mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10. Ianya lebih baik berbanding GPN @ 5.15 pada tahun 2015. Jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar juga mengecil dari 0.50 kepada 0.47

3. Calon Mendapat Semua A

Seramai 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A (2.13 peratus). Angka menurun 0.25 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan seramai 9,721 (2.38 peratus) daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.

4. Pencapaian Subjek Teras

Empat subjek teras menunjukkan peningkatan prestasi iaitu seperti berikut:-

  1. Bahasa Melayu
  2. Pendidikan Islam
  3. Bahasa Inggeris
  4. Sains

Subjek yang mencatatkan penurunan pula adalah :-

  1. Matematik
  2. Sejarah
  3. Pendidikan Moral

5. Calon Yang Layak Dianugerah Sijil

Seramai 340, 698 mewakili 85.21 peratus calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Senarai MRSM terbaik 2016 untuk keputusan SPM 2015 klik MRSM Terbaik 2016
Cara Mendapatkan Result SPM 2016

Semoga perkongsian Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2017 diumumkan boleh dijadikan panduan dalam merancang pengajian peringkat tinggi seterusnya. Tahniah kepada pelajar mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Buat mereka yang kurang berjaya, usaha lagi dengan bersungguh-sungguh kerana Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah penentu sepenuhnya kejayaan masa depan anda.