Keputusan Tawaran IPG 2018 Semakan Calon Guru PISMP

Powered by WP Review

Keputusan Tawaran IPG 2018 Semakan calon guru PISMP lulusan SPM Online. Permohonan IPG PISMP 2018 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Online. Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan secara online calon berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi PISMP boleh dibuat mulai 9 Mei 2017 jam 6:00 petang sehingga 15 Mei 2018.

Keputusan Tawaran IPG 2018

Keputusan Tawaran IPG 2018 Semakan Calon Guru PISMP

Semakan Panggilan Menduduki UKCG

Semakan secara online calon berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi PISMP boleh dibuat mulai 9 Mei 2018 jam 6:00 petang sehingga 15 Mei 2018 di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Pemohon dikehendaki membawa bersama borang panggilan UKCG semasa menghadiri ujian.

Ujian Kelayakan Calon Guru terdiri daripada 3 sesi – sesi ujian bertulis, sesi ujian kecergasan fizikal dan sesi ujian amali. UKCG akan diadakan pada 9 hingga 17 April 2018.

Semakan Panggilan Temuduga PISMP 2018

Semakan nama calon berjaya untuk temuduga boleh dibuat secara online mulai 13 Mei sehingga 18 Mei 2018 di pautan berikut:

Pemohon yang berjaya dikehendaki membawa bersama cetakan Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri, serta Sijil Akademik / Kokurikulum semasa menghadiri temuduga.

Temuduga akan dilaksanakan pada 13 hingga 18 Mei 2018.

Semakan Tawaran IPG Untuk PISMP 2018

Semakan nama calon berjaya ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ambilan Jun 2018 boleh dibuat secara online bermula 13 Jun jam 4:00 petang sehingga 24 Jun 2018 di pautan berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

Informasi Keputusan Tawaran IPG 2018 Semakan calon guru PISMP

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Syarat-syarat dan kelayakan Permohonan IPG PISMP 2018 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Permohonan dibuka bermula pada 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018. Layari https://pismp.moe.gov.my untuk permohonan dan keterangan lanjut.

Semoga Keputusan Tawaran IPG 2018 Semakan calon guru PISMP ini bermanfaat.