loading...

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 : Kajian Rekaan Seni Visual (Kertas 3 – 2611/3) (Februari 2018 – Julai 2018). Calon SPM 2018 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2018.

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018

  1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
  2. Calon dikehendaki melaksanakan satu sahaja.
  3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
    yang ditetapkan.

ARAHAN KEPADA CALON SPM 2018

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2018.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan
tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi
perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred
Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian
calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana
dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga
helai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon
digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa
kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Sila Klik :

admin :