Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Contoh Kaedah Kajian Tugasan

Powered by WP Review

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Contoh Kaedah Kajian Tugasan. Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2018. Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah. Aktiviti mencari dan mengumpulkan maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

Contoh Kaedah Kajian Tugasan PT3

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Contoh Kaedah Kajian Tugasan

* * * Mesti sesuaikan dengan kehendak Tugasan Sejarah PT3 2018

* * * Boleh dihuraikan lagi …

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjalankan kajian ini.

1) Kaedah Pemerhatian :

Pemerhatian dibuat melalui tinjauan dan penglihatan di …………. (kawasan kajian). Saya telah membuat pemerhatian tentang kegiatan sosioekonomi, latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya masyarakat setempat di ……….. (kawasan kajian).

2) Kaedah Temu Bual :

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Temu bual dibuat di rumah responden, di pasar, di gerai makanan, di perhentian bas, dan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai. Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual …… orang penduduk tempatan, ..….. untuk mendapatkan maklumat / pendapat tentang kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat, latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di …………. (kawasan kajian), pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat, penilaian tentang semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan penduduk setempat di ……….. (kawasan kajian).

3) Kaedah Soal Selidik :

Sejumlah ……. orang penduduk tempatan telah saya temui untuk menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut berkaitan dengan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat, penilaian tentang semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan penduduk setempat di ……….. (kawasan kajian).

4) Kaedah Rujukan :

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan kegiatan sosioekonomi di negara kita, penilaian tentang perpaduan masyarakat berbilang kaum, kepentingan perpaduan kepada masyarakat dan negara … . Maklumat berkenaan dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan Tugasan Geografi PT3 2017 dan dihubungkaitkan dengan penulisan tugasan ini.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Contoh Objektif Kajian Tugasan

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018, Contoh Kaedah Kajian Tugasan

Search terms: