Kerja Kursus Sejarah PT3 2018: Tugasan, Contoh Ulasan, Jadual Kerja

Powered by WP Review

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018: Tugasan, Contoh Ulasan, Jadual Kerja. Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mata pelajaran Sejarah wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2018. Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah. Aktiviti mencari dan mengumpulkan maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

Kerja Kursus Sejarah PT3

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018: Tugasan, Contoh Ulasan, Jadual Kerja

** Mesti diubah suai mengikut kandungan tugasan anda.

** Digalakkan menulis Jadual Kerja Tugasan Sejarah PT3 2018 dalam bentuk jadual.

Contoh Jadual Kerja Tugasan Sejarah PT3 2018

Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 24 April 2018 Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh guru mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan penulisan dan penghasilan tugasan
2 25 April 2018 Membuat persediaan awal dan merancang jadual kerja
3 Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan kaedah-kaedah kajian yang sesuai
4 Menyediakan borang soal selidik / temu bual
5 Mula mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku teks, buku rujukan, majalah dan akhbar
6 Menemu bual jiran dan penduduk setempat berkaitan dengan kegiatan sosioekonomi, latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di ……….. (kawasan kajian) Hari pertama
7 Menemu bual jiran dan penduduk setempat berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat, penilaian tentang semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat di ……….. (kawasan kajian) Hari Kedua
8 Menemu bual jiran dan penduduk setempat berkaitan dengan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan penduduk setempat di ……….. (kawasan kajian yang berlorek) Hari Ketiga
9 Mengisikan data dan maklumat yang diperoleh daripada sesi temu bual dalam borang temu bual / soal selidik
10 Menyediakan kerangka kasar penulisan
11 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Sejarah
12 Menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menerangkan hasil kajian di ……….. (kawasan kajian) dengan lebih jelas dan lengkap.
13 Menulis ulasan tentang pernyataan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman dengan merujuk kepada ………… (kawasan kajian)
14 Menyenaraikan sumber rujukan dengan betul dan lengkap.
15 Membuat rumusan secara keseluruhan dan mengemaskinikan tugasan
16 Menyemak dan menghantar tugasan

Contoh Kajian Kegiatan Sosioekonomi Masyarakat Setempat

Sosioekonomi ialah kajian hubungan antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial.

Contoh Ulasan Tentang Pernyataan Petikan Ucapan – Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2018

Setiap kawasan kediaman mempunyai komposisi penduduk, kegiatan sosioekonomi, latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya yang berlainan.

Kawasan tempat tinggal saya memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemakmuran di kawasan tempat tinggal saya.

Keharmonian hidup dan kerjasama yang terhasil daripada perpaduan antara penduduk di kawasan tempat tinggal saya membolehkan semua kegiatan kemasyarakatan dan projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberikan manfaat kepada semua penduduk di kawasan tempat tinggal saya.

Perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara penduduk pelbagai etnik di kawasan tempat tinggal saya juga pernah berlaku, namun penduduk dapat menangani isu ini secara berhemah agar kesejahteraan hidup penduduk di kawasan tinggal saya tetap terjamin.

Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan yang akhirnya merugikan negara kita sendiri.

Perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara.

Hubungan kaum yang harmoni ialah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang bersatu padu, dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan pesat yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan tenaga dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2018: Tugasan, Contoh Ulasan, Jadual Kerja

Search terms: