Tonton Drama KL Gangster Underworld Online

Powered by WP Review

Tonton Drama Siri KL Gangster Underworld Secara Online Full Movie. Iflix telah mengumumkan akan melancarkan siri drama Malaysia eksklusif tersendiri pertamanya, KL Gangster: Underworld. Drama terbitan Skop Production ini mengandungi enam episod dalam satu siri akan menjalankan penggambarannya di Malaysia. Spin-off dari filem KL Gangster 1 dan 2 ini akan diarahkan oleh Faisal Ishak dan Syafiq Yusof. Latar ceritanya mengambil tempat selepas KL Gangster 1 tamat apabila kumpulan-kumpulan gangster sering kali bertempur setelah ketua-ketua mereka telah ditangkap atau meninggal dunia.

Tonton drama KL Gangter Underworld Online

Tonton Drama KL Gangster Underworld Online

Siri televisyen terbitan Skop Production itu akan menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia dan dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2018. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, beliau sungguh teruja apabila dapat berpeluang menjalin kerjasama dengan iflix.

 

“Kami berbangga untuk mendapat peluang berkolaborasi dengan iflix dalam menghasilkan karya tempatan berkualiti seperti “KL Gangster: Underwold”, yang merupakan drama bersiri pertama iflix di Malaysia.

Skop Production Berkolaborasi Iflix

“Kolaborasi ini merupakan satu usaha baru dalam meneroka potensi baru untuk industri filem Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program Asal iflix, Mark Francis turut sama teruja untuk bekerjasama dengan salah sebuah produksi hebat Malaysia yang sering menghasilkan filem-filem pecah panggung.

“Sasaran kami adalah untuk memberikan penonton iflix satu pengalaman baru terhadap drama tempatan menerusi naskhah asal kami. Filem “KL Gangster” merupakan satu asas yang sempurna untuk drama siri yang mana ia akan menampilkan sesuatu yang segar dan kejutan kepada peminat.”

Sinopsis Drama KL Gangster Underworld

KL Gangster: Underworld akan mengambil tempat selepas kejadian dalam KL Gangster 1 selepas kumpulan gengster berpecah dan ketua-ketua meringkuk di penjara atau mati. Disebalik itu seorang ahli kumpulan gengster cuba keluar dari dunia jenayah, namun satu insiden telah membawanya kembali ke jalan lama. Sementara itu, ancaman baru yang lebih hebat mula timbul dan memulakan era baru KL Gangster.

Drama KL Gangster Underworld Episod 1

Drama KL Gangster Underworld Episod 2

Drama KL Gangster Underworld Episod 3

Drama KL Gangster Underworld Episod 4

Drama KL Gangster Underworld Episod 5

Drama KL Gangster Underworld Episod 6

Search terms: