Kronologi insiden kereta kabel SkyCab Langkawi

Powered by WP Review

Kronologi insiden kereta kabel SkyCab Langkawi. SERAMAI 850 pengguna perkhidmatan kereta kabel SkyCab di Gunung Machinchang di Langkawi, terkandas dipercayai akibat kerosakan teknikal hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, seramai 50 pengguna dilaporkan terperangkap dalam gondola, manakala bakinya 800 orang terkandas di stesen pertama. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, seramai 16 anggota bersama tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

Kronologi insiden kereta kabel SkyCab Langkawi

Kronologi insiden kereta kabel SkyCab Langkawi

“Berdasarkan maklumat awal, seramai 50 orang terperangkap dalam gondola dan lebih 800 orang terkandas di stesen pertama di gunung itu.

“Sejurus tiba anggota bomba membantu kakitangan SkyCab untuk membawa peralatan dan alat ganti ke stesen pertama bagi tujuan membaiki kerosakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Mustakim berkata, anggota bomba dan kakitangan SkyCab perlu mendaki gunung untuk sampai ke stesen pertama bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Kerja-kerja membaik pulih dijangka mengambil masa antara dua dan tiga jam.

“Keadaan ketika ini terkawal dan operasi masih berjalan,” katanya.

Susulan insiden kereta kabel SkyCab Langkawi

“SAYA terpaksa minum air paip kerana terlampau haus dan tiada air minuman di atas.”

Demikian kata Muhammad Hariz Jaamat Wok, 24, seorang daripada pelancong yang terkandas di puncak Gunung Machincang.

Kejadian itu berlaku selepas perkhidmatan kereta kabel SkyCab Langkawi berdepan masalah teknikal pada 5.48 petang, hari ini.

“Cuaca di atas gunung terlalu sejuk kerana angin kuat sehingga ada yang terpaksa menggunakan plastik sampah untuk dijadikan pemanas.

“Ada anak-anak kecil yang menangis sebab terlalu sejuk dan ada juga yang pitam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Hariz tiba di Langkawi semalam dan akan pulang ke Kajang, Selangor jam 12 tengah hari, esok bersama lima lagi rakannya.

“Saya terkandas hampir enam jam di atas dan baru saja dapat turun pada 11 malam selepas kereta kabel itu berfungsi kembali.

“Ini memang pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat.

Terdahulu, kira-kira 700 pelancong terkandas selepas perkhidmatan kereta kabel itu mengalami masalah teknikal.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya terpaksa mendaki gunung untuk membawa peralatan dan alat ganti ke stesen pertama bagi tujuan membaiki kerosakan. – myMetro