Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari Indonesia Untuk Ke Makkah, Kini Sampai Di Dubai..

Powered by WP Review

Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari Indonesia Untuk Ke Makkah, Kini Sampai Di Dubai.. – DUBAI. Kisah mengenai seorang lelaki yang berjalan kaki dari Indonesia ke Makkah kerana mahu menunaikan ibadah haji tular di laman sosial.

Menurut laporan Malaysian Digest, Mochammad Khamim Setiawan, 29, yang berasal dari Desa Rowokembu di Pekalongan Jawa Tengah memulakan pengembaraannya pada 28 Ogos tahun lepas.

Lelaki Ini Berjalan Kaki Dari Indonesia Untuk Ke Makkah, Kini Sampai Di Dubai..

Selain mahu menunaikah haji, Mochammad Khamim mendakwa pengembaraannya bertujuan ‘mempelajari Islam dari cendiakawan-cendiakawan Muslim dan berkenalan dengan mereka yang berlatar belakangkan budaya yang berbeza’.

Mochammad Kamim sebelum ini tinggal bersama ayahnya, Syaufani Solichin, 74, selepas ibunya meninggal dunia 10 tahun lalu.

Kata Syaufani, Mochammad Khamim kini berada di Dubai selepas mengharungi perlbagai rintangan.

Beliau juga mengatakan Mochammad Khamim sering bercerita mengenai orang tempatan yang ditemuinya dan akan menyambung perjalanan ke Makkah.

“Anak saya sangat kuat dan bersemangat. Kalau ada sesuatu yang dia mahu, dia akan dapatkannya,” kata Syaufani.

Syaufani juga mengaku Mochammad Khamim tidak meminta sebarang bantuan kewangan dari beliau.

“Khamim pernah hampir dirompak sebelum meninggalkan Indonesia. Kemudian di Thailand.

“Di India pula orang tempatan memberikan arah yang salah kepadanya dan ia memperlahankan perjalanan anak saya,” jelas Syaufani.

<
Syaufani memberitahu beliau tidak yakin bahawa anaknya akan tiba di Makkah, tetapi ketibaan Khamim di Dubai menyangkal sangkaan beliau.

Antara negara yang telah direntas Khamim dengan berjalan kaki adalah Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Oman dan Emeriah Arab Bersatu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih