Live streaming AJL 32 Anugerah Juara Lagu final 11 Februari 2018

Powered by WP Review

Live Streaming AJL 32 Anugerah Juara Lagu final 11.2.2018 Online. Siaran langsung Anugerah Juara Lagu AJL 2018 bertempat di Stadium Bukit Jalil bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Seramai 12 lagu finalis berentap untuk merebut gelaran Juara AJL musim 32. Saksikan siaran secara langsung karpet merah bermula pada jam 8.30 malam manakala malam berprestij berlangsung pada jam 9.00 malam. Untuk info, malam kemuncak AJL 32 akan diacarakan oleh dua gandingan pengacara terkemuka iaitu Aliff Satar dan Shery Alhadad.

Live streaming AJL 32 Anugerah Juara Lagu 11 Februari 2018

Live streaming AJL 32 Anugerah Juara Lagu final 11 Februari 2018.

Server 1: TV3 Online

Jadual Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu (AJL) 32

Tarikh: 11 Februari 2018 (Ahad)

Masa: 9.00 Malam (Kemuncak) 8.30 Malam Karpet Merah

Lokasi: Stadium Bukit Jalil

Pengacara: Shery Alhadad dan Aliff Satar

AJL 32 yang bakal menggegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, mencipta kelainan dan memberi signifikasi terhadap gabungan fesyen dan muzik yang dianggap sinonim dengan dunia seni. Tambah menarik, trofi AJL buat pertama kalinya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dengan menyelitkan gabungan dua elemen itu pada piala berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, berkata pihaknya optimis dengan kekebalan AJL dalam mengangkat martabat anak seni.

“Memasuki edisi ke-32, AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

“Kami berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal dan persembahan,” katanya pada sidang akhbar AJL 32 di sini hari ini.

Johan berkata, bagi menampilkan kelainan, trofi AJL 32 turut disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

“Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu dan bertenaga finalis dengan persembahan dipertaruhkan, penonton sentiasa ternanti-nanti fesyen yang bakal digayakan mereka.

“Muzik dan fesyen tidak boleh berpisah. Kami berasa tema dipilih pada tahun ini amat bertepatan,” katanya.

Johan menambah, mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah dari 1986 hingga sekarang, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati.

“Begitu juga jika melihat kepada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di pentas.

“Dayang pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, sesuai dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.

“Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh ketika mendendangkan Awan Yang Terpilu dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berkemeja-T serta seluar trek menerusi lagu Awan Nano.

“Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan.

“Setiap artis bebas melakukan eksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, sama ada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia sudah berevolusi,” katanya.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara dijangka menghangatkan lagi AJL 32, iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung turut menyumbang hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan persembahan terbaik.

Pada malam itu, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A Rahman Hassan dan Jeffrey Din.

INFO

Senarai 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018

1. Faizal Tahir – Sejati
2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi
3. Hael Husaini – Jampi
4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet – Amboi
6. Syamel – Lebih Sempurna
7. Hazama – Aku Yang Sebenar
8. Salma – Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita – Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta
11. Khai Bahar – Bayang
12. Ara Johari – Warkah Untukku