Live Streaming Drama Cinta Fatamorgana TV3

Powered by WP Review

Tonton Live Streaming Drama Cinta Fatamorgana TV3. Nantikan drama bersiri hasil sentuhan sutradara Heykal Hanifah bertajuk ‘Cinta Fatamorgana’ yang akan mengisi slot Akasia di TV3. Dibintangi oleh Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, dan Nazeera Sardi. Akan menemui penonton pada bulan April nanti.

 Drama Cinta Fatamorgana

Live Streaming Drama Cinta Fatamorgana TV3

JUDUL : CINTA FATAMORGANA
JUMLAH EPISOD : 27 episod
TARIKH TAYANGAN : 2018
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Nazeera Sardi, Shahz Jaszle, Norman Hakim, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Emelda Rosmila, Dayana Roza

WATAK PELAKON DRAMA CINTA FATAMORGANA
Aeril Zafrel sebagai Rifqi
Azar Azmi sebagai Wildad
Syazuwan Hasssan sebagai Huzair
Nazeera Sardi sebagai Delina

SINOPSIS DRAMA CINTA FATAMORGANA

Kisah persahabatan di antara Rifqi (Aeril Zafrel), Huzair (Syazuwan Hassan) dan Wildad (Azar Azmi). Hubungan Rifqi dan Huzair sangat rapat. Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar) yang mengganggap Rifqi seperti anak mereka sendiri. Malah Rifqi turut tinggal bersama-sama keluarga Huzair setelah kematian bapanya yang telah banyak berjasa kepada keluarga Huzair.

Dalam diam, Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta namun terhalang kerana Huzair turut menyintai Wildad. Sikap Rifqi yang lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Namun, dalam diam hati lelakinya tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Delina pula punya calon kekasih hatinya sendiri, Shakir, namun ibunya, Puan Karmila menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Suatu hari, keluarga Wildad ditimpa malang apabila mereka di buru Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka. Rifqi mengambil keputusan untuk menjarakkan diri apabila melihat Huzair dan Wildad semakin rapat. Wildad sebenarnya terluka dengan sikap Rifqi yang tidak ambil peduli tetapi dia juga tersepit dengan kebaikan Huzair yang telah banyak membantu keluarganya.

Namun, Tuan Deraman pula tidak mahu Huzair berkawan rapat dengan Wildad kerana dia mahu menjodohkan Huzair dengan Delina, anak sahabat baiknya. Tanpa pengetahuan Huzair, Tuan Deraman membuat keputusan untuk menikahkan Rifqi dan Wildad ketika Huzair ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?

sumber

Live Streaming Drama Cinta Fatamorgana TV3