Live Streaming Drama Syurga Yang Kedua

Powered by WP Review

Live streaming Drama Syurga Yang Kedua online – Nantikan drama bersiri Tonton Syurga Yang Kedua yang diadaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama 70 episod arahan sutradara Zamri Zakaria dan Bahri Uma Bajuri, terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Dibintangi oleh Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Azizah Mahzan Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi. Akan ditayangkan di slot Tiara mulai 12 Disember 2017, disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.

Drama Syurga Yang Kedua

Tonton live streaming Drama Syurga Yang Kedua online

JUDUL : SYURGA YANG KEDUA

EPISOD : 70 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Disember 2017
TARIKH / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENGARAH : Zamri Zakaria & Bahri Uma Bajuri
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Azizah Mahzan, Afifah Nasir, Beego, Fazlina Ahmad Daud, Annie Arifin, Amir Nafis, Noralbaniah, Dynas Mokhtar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Qistina Raisah, Badrul Muhayat, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Zaryn Min, Azman Jantan, Ku Fridah, Fanna Azizan, Doria Rachel, Idzham Ismail, Dian P Ramlee

WATAK PELAKON DRAMA SYURGA YANG KEDUA

Zarul Husin sebagai Daniel
Fasha Sandha sebagai Dr.Vanida/Vivy
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina
Azizah Mahzan sebagai Dato Sherry
Zaryn Min sebagai Sofea
Beego sebagai Azril
Dynas Mokhtar sebagai Delaila
Sheryy Ibrahim sebagai Ellis
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Daud
Fazlina Ahmad Daud sebagai Shidah
Nur Qistina Raisah sebagai Puteri

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Takdir
Penyany : Dayang Nurfaizah

SINOPSIS TONTON DRAMA SYURGA YANG KEDUA

Mengisahkan Sabrina (lakonan Elizad) yang bahagia dengan suaminya Daniel (lakonan Zarul Umbrella) namun mereka masih tidak dikurniakan anak. Ibu Daniel yang mahukan cucu lelaki untuk menjadi pewaris perniagaannya sering mendesak Daniel untuk berkahwin lain. Sabrina sentiasa tertekan dengan sikap ibu mertuanya itu dan tak lama lepas itu, Sabrina kemudian kemalangan lalu koma. Ibu Daniel menggunakan peluang ini untuk memaksa Daniel berkahwin dengan Dr Vanida atau Vivy (lakonan Fasha Sandha).
Daniel dan Vivy tersepit di tengah – tengah, Vivy yang merupakan kawan baik Sabrina tak sanggup nak merampas suami kawan baiknya itu. Manakala Daniel pula tak mahu menduakan Sabrina, tapi akhirnya Daniel dan Vivy terpaksa juga berkahwin kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sabrina yang koma mula sedar kembali dan semua orang merahsiakan perkahwinan Daniel dan Vivy dari Sabrina.
Vivy akhirnya jatuh cinta pada Daniel dan sentiasa cemburu melihat Daniel yang sentiasa melebihkan Sabrina dalam segala hal. Tak lama kemudian Vivy disahkan mengandung anak perempuan. Namun Vivy merahsiakan jantina sebenar anaknya yang bakal lahir itu kerana takut dirinya akan disisihkan jika dia gagal memberikan cucu lelaki buat Dato Sherry. Vivy bertambah stress bila mengetahui Sabrina juga mengandung dan membuatkan Vivy terpaksa mengikut rancangan ibunya untuk pergi meminta bantuan auntie Som untuk mengatasi masalahnya itu.
Auntie Som merancang untuk menukar anak Vivy dengan anak orang lain. Walaupun tak sanggup untuk berpisah dengan anak kandungnya itu, Vivy terpaksa merelakan juga anaknya diserahkan pada yang lain. Sabrina masih tidak tahu mengenai perkahwinan suaminya dengan Vivy, dirinya sentiasa menganggap Vivy sebagai kawan baiknya. Apa yang berlaku seterusnya? bagaimana reaksi Sabrina apabila mengetahui perkara yang sebenar?.

Search terms: