Live Streaming Jadual Bolasepak Sukan Asia 2018

Powered by WP Review

Live Streaming Jadual Bolasepak Sukan Asia 2018. Bola sepak di Sukan Asia 2018 telah diadakan di Indonesia. Had umur bagi pasukan lelaki adalah di bawah-23, sama seperti had umur dalam pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik, manakala tiga pemain melebihi umur yang ditetapkan dibenarkan di dalam setiap skuad.

Bolasepak Sukan Asia 2018

Live Streaming Jadual Bolasepak Sukan Asia 2018

KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang untuk melakukan rombakan besar ke atas barisan pemainnya bagi menghadapi Sukan Asia Indonesia Ogos depan namun akan memanggil tiga pemain senior.

Setiap pasukan yang bertanding pada temasya sukan itu dibenarkan memanggil tiga pemain lebih umur dan Kim Swee percaya kehadiran pemain senior mampu memperkuatkan pasukan.

“Kami akan menghantar pasukan terbaik ke sana dengan mendapatkan khidmat tiga pemain lebih umur, tapi ini bergantung kepada situasi yang dihadapi sebelum Sukan Asia bermula.

Buat masa ini saya belum membuat pilihan pemain senior.

“Saya tak nampak kami akan melakukan banyak perubahan ke atas pemain yang beraksi di China (Kejohanan B-23 AFC) sebelum ini namun saya tak nafikan ada beberapa pemain seperti Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim), Ariff Farhan Isa, Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) menunjukkan prestasi yang baik untuk dipertimbangkan,” katanya.

Selepas skuad B-23 negara melakar sejarah dengan layak ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC Januari lalu, Kim Swee berdepan satu lagi misi besar pada Sukan Asia tahun ini.

Berdasarkan prestasi di China, harapan tinggi disandarkan kepada skuada muda itu namun Kim Swee mengakui, kekangan masa menjadi halangan besar untuk beliau membentuk skuad terbaik.

“Saya tak boleh lakukan perubahan besar kerana pemain sedia ada sudah mempunyai persefahaman baik. Cuma pasukan mungkin tidak sempat untuk mengadakan perlawanan ujian sebelum ke Sukan Asia.

“Saya akan memanggil semua pemain pada 1 atau 2 Ogos ini, lebih kurang dua minggu sebelum temasya dan saya harap ia mencukupi untuk membuat persiapan,” katanya. – BHonline

Live Streaming Jadual Bolasepak Sukan Asia 2018