Live Streaming Keputusan GGV2 Gema Gegar Vaganza 2018 

Powered by WP Review

Tonton Live Streaming Keputusan GGV2 Gema Gegar Vaganza 2018. Saksikan siaran lansung Gema Gegar Vaganza GGV2 2018 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Program GGV2 2018 Minggu 1 yang dihoskan oleh Siti Nordiana, Fikri Ibrahim (Lawak Solo) dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul akan diberi kepercayaan penuh sebagai hos.

Live Streaming GGV2 2018 

Live Streaming Keputusan GGV2 Gema Gegar Vaganza 2018

Penyanyi pop Singapura, Awi Rafael, kumpulan nasyid popular In Team dan Brothers antara peserta terpilih untuk berentap dalam program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2).

Selain Awi Rafael, In Team dan Brothers, lapan peserta lain GGV2 turut diperkenalkan dalam sidang media yang baru saja berakhir sebentar tadi.

Juri  GGV2 Gema Gegar Vaganza 2018

Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan selebriti kelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Manakala, Siti Nordiana, pelawak Fikry Ibrahim dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul sebagai pengacara GGV2.

Konsert mingguan GGV2 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Menerusi musim pertama, GGV telah menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara manakala Hijjaz dan Mirwana masing-masing pada kedudukan kedua dan ketiga.

Senarai Peserta GGV2 Gema Gegar Vaganza 2018

Berikut merupakan senarai penuh peserta GGV2 tahun ini:

1. Farah Asyikin
2. Mestica
3. Rabhitah
4. Awi Rafael
5. Brothers
6. Fitri Haris (UNIC)
7. Adeep Nahar
8. Ippo Hafiz
9. In Team
10. Heliza & Hazwani
11. Devotees

Siapakah yang bakal menjadi juara GGV2? Sama-sama kita nantikan! – Sumber

___________________________________________

Live Streaming Keputusan Gema Gegar Vaganza 2017 – Beberapa penyanyi terkenal seperti Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda dan Azmi Caliph Buskers antara peserta yang bakal berentap menerusi program terbaharu iaitu GGV 2017 yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, selain peserta solo, program yang membariskan 10 peserta itu juga turut menampilkan penyertaan artis berkumpulan bagi sama-sama berentap untuk merebut gelaran juara.

gema gegar vaganza 2017

Live Streaming Keputusan Gema Gegar Vaganza 2017

“Untuk penganjuran kali pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza akan digegarkan oleh barisan penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air selain mempunyai portfolio seni yang hebat.

“Inspirasi daripada sambutan hangat daripada Gegar Vaganza, pertandingan ini turut menerapkan format dan konsep sama dengan elemen yang sinonim seperti persembahan pembukaan oleh pengacara dan kejutan,” katanya kepada mStar Online.

Antara peserta berkumpulan yang bertanding ialah Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC manakala dua lagi peserta solo adalah Izam (EYE) dan Wani.

Gema Gegar Vaganza akan mula bersiaran secara langsung selama lapan minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 8 April ini.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, Gema Gegar Vaganza dapat menjadi satu medium bagi menyampaikan mesej dakwah yang berkesan dan atas dasar itu Astro Oasis memperkenalkan program itu namun bersifat lebih terbuka dan komtemporari sesuai dengan kehendak masa kini.

“Jika kita perhatikan, kini terdapat banyak lagu berunsur ketuhanan dan nasihat yang boleh kita ketengahkan.

Siti Nordiana diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai hos.

“Kami berharap dengan pendekatan diketengahkan masyarakat akan membuka mata dan minda seterusnya mengiktiraf bahawa lagu-lagu yang membawa mesej-mesej positif dan berunsurkan Islamik tidak hanya terhad pada genre muzik nasyid sahaja,” katanya.

Live Streaming Keputusan Gema Gegar Vaganza 2017

Bercakap lanjut mengenai Gema Gegar Vaganza, Ahmad Fuad berkata, setiap peserta perlu tampil bebas memilih apa sahaja genre namun ia mestilah mengandungi unsur nasihat dan aksi serta pemakaian selari dengan ajaran Islam.

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh tiga juri profesional berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan.

“Kerusi panas juri pula akan diduduki oleh dua orang juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah, seorang komposer dan penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan Islam.

“Beliau akan ditemani oleh Oki Setiana Dewi, seorang pelakon Indonesia yang berpengaruh dan aktif dalam hal-hal berkaitan keagamaan di Indonesia manakala, seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu,” katanya.

Siti Nordiana, Achey daripada kumpulan Bocey dan Fikri (Lawak Solo) akan diberi kepercayaan penuh sebagai hos.

Juara Gema Gegar Vaganza 2017 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000. – mStar

Search terms: