Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial

Powered by WP Review

Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial

Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial, mengakui tetap akan mempertaruhkan lawak meniru gaya orang pada setiap persembahannya. Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 24, berkata, meskipun lawaknya sering dikritik namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus melakukan persembahan yang terbaik.

“Saya tetap ingin meneruskan persembahan meniru gaya orang meskipun perkara tersebut sering mendapat kritikan daripada orang ramai.

“Ini kerana genre lawak impersonation atau impersonator iaitu meniru gaya dan tingkah laku seseorang itu masih kurang di Malaysia.

Peserta Solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Danial

“Kalau di luar negara ramai pelawak yang membawa genre lawak seperti ini dan saya hanya mahu memberi variasi dalam lawak yang ada di Malaysia.

“InsyAllah saya akan memperbaiki persembahan pada masa akan datang dan tetap memberi persaingan kepada para peserta lain,” katanya kepada Astro Gempak.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para
peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan
Mustika HD (134). – astrogempak

Tags: Biodata Danial LawakSolo, Live Streaming MaharajaLawakMega 2017, Maharaja LawakMega 2017, maharajalawak mega 2017full, MaharajaLawak Mega 2017Live, maharajalawak mega 2017 mlm 2017, maharaja lawak mega 2017 online,

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih