Manifesto BN PRU14 Barisan Nasional 2018

Powered by WP Review

Manifesto BN PRU14 Barisan Nasional 2018. Manifesto BN untuk PRU14 akan pasti dapat dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini, katanya, berdasarkan rekod BN yang berjaya merealisasikan 99.4 peratus daripada Aku Janji PRU13 lepas.

Manifesto BN PRU14

Manifesto BN PRU14 Barisan Nasional 2018

“Saya harap manifesto yang memberikan aku janji yang meliputi semua susun lapis masyarakat harus diterima baik.

“Kita lihat pencapaian (manifesto) terdahulu, ini memperlihatkan bahawa komitmen ini (Aku Janji PRU14) pasti akan diterjemahkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dokumen itu di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Beliau berkata, manifesto kali ini bukan sahaja meliputi semua lapisan masyarakat tetapi kemajuan setiap kawasan dari bandar hingga ke luar bandar juga dititikberatkan.

Ahmad Zahid berkata, manifesto itu juga merupakan yang paling komprehensif yang pernah dihasilkan.

Manifesto Barisan Nasional PRU14

Menurutnya, beliau sendiri juga terlibat dalam mempengerusikan penghasilan dokumen itu.

“Biarpun saya terlibat dalam penyediaan manifesto PRU12 dan PRU13, manifesto ini cukup komprehensif dan saya fikir ini satu tawaran yang tidak harus ditolak rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Manifesto BN itu setebal 262 muka surat dan mengandungi 14 tema utama dengan 392 inisiatif meliputi semua lapisan masyarakat.

Mengambil contoh inisiatif untuk wanita, katanya ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wanita di negara ini dan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa mereka. – Bernama

Manifesto BN PRU14 Barisan Nasional 2018