Panduan Tatatertib Adab Ketika Hari Raya AidilAdha Korban

Powered by WP Review

Panduan Tatatertib Adab Ketika Hari Raya AidilAdha Korban 2017 – Tidak lama lagi  umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji yang secara rasmi diumumkan jatuh pada Jumaat 1 September 2017. Sebelum kita menunaikan ibadah korban, eloklah mengetahu terlebih dahulu adab harus dilakukan ketika pagi raya korban kerana adab ni dapat menambah pahala berlipat kali ganda.

Panduan Tatatertib Adab Ketika Hari Raya AidilAdha Korban

Panduan Tatatertib Adab Ketika Hari Raya AidilAdha Korban

ADAB-ADAB SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

1- Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Disunatkan baginya untuk tidak membuang bulu-bulu pada tubuh dan memotong kuku sehinggalah dia selesai mengerjakan ibadah korban sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith riwayat Imam Muslim.

2- Bagi Aidiladha, disunatkan makan selepas solat sunat Aidiladha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

3- Memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna putih.

4- Bertakbir. Takbir terbahagi kepada dua. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad.

  • Takbir mutlak atau mursal : Takbir yang dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat. Waktu takbir bermula (bagi kedua-dua hari Raya) ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib (1 Syawal atau 10 Zulhijjah). Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.
  • Takbir muqayyad : Takbir selepas menunaikan solat sama ada solat tunai mahupun qadha’, fardhu mahupun sunat kerana takbir ialah syiar waktu, termasuk juga selepas solat jenazah. Waktu bermula dari subuh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga asar Hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

Tidak disunatkan takbir selepas sujud tilawah dan sujud syukur kerana kedua-duanya bukan solat.

*Ini semuanya bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bagi yang mengerjakan haji, maka bagi mereka ada hukum-hukum yang khas.

5- Disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.

6- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan ketika pulang.Jalan-jalan yang dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam setiap ibadat seperti Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.

7- Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, menyertai doa umat Islam dan mendengar khutbah. Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yang baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.

8- Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar.

9- Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya), kerana tiada yang lebih penting berbanding solat.

Sumber: melvister.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih