Pasukan e-sukan Dota 2 Mineski Pro Team dapat tajaan AirAsia

Powered by WP Review

Pasukan e-sukan Dota 2 Mineski Pro Team dapat tajaan AirAsia – KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia meneroka ke segmen e-sukan dengan menjadi penaja khas dan rakan kongsi syarikat penerbangan eksklusif kepada Mineski Pro Team, pasukan utama Dota 2 di Asean. Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata AirAsia komited untuk menyokong bakat-bakat hebat rantau ini dan sebagai syarikat penerbangan digital, syarikat teruja untuk menaja juara e-sukan, Mineski Team Pro.

Pasukan e-sukan Dota 2, Mineski Pro Team

Pasukan e-sukan Dota 2 Mineski Pro Team dapat tajaan AirAsia

“Penajaan ini juga mengukuhkan komitmen kami untuk melibatkan generasi milenial dan Generasi Z, yang melambangkan potensi luar biasa yang dimiliki Asean,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedudukan Mineski Pro Team

Mineski Pro Team kini menduduki tempat kelima dalam Litar Pro Dota dengan 810 mata kelayakan ke The International 2018.

Dota 2 adalah permainan video pelbagai pemain dalam talian yang dimajukan dan diterbitkan oleh Valve Corporation.

Anggota Mineski Pro Team

Pasukan yang dianggotai lima pemain itu terdiri daripada warga Malaysia, Chai ‘Mushi’ Yee Fung dan Kam ‘NaNa’ Boon Seng, warga Singapura Daryl Koh ‘iceiceice’ Pei Xiang, warga Thailand Anucha ‘Jabz’ Jirawong dan warga Filipina Michael ‘ninjaboogie’ Ross Jr.

Penajaan setahun oleh syarikat penerbangan itu diumumkan pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Resorts World Genting di luar acara ESL One Genting 2018. – Bernama