Punca Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia

Powered by WP Review

Punca Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia – Berita terkini biodata dan punca Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM terbaik meninggal dunia. Masihkan anda ingat dengan Ahmad Atiq yang pernah muncul sebagai pelajar SPM terbaik Malaysia tahun 2013 setelah mencatat keputusan cemerlang 15A penuh. Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham telah disahkan meninggal dunia pada 25 September 2017 diusia masih muda iaitu 31 tahun. Difahamkan punca kematian akibat daripada masalah perdarahan dalam otak. Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru selepas solat Zohor 26 September 2017 (Selasa) dan disemadikan di Tanah Perkuburan Meru Raya.

Punca Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia

Pelajar SPM Terbaik

Biodata Dr Ahmad Atiq Bin Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia

Dr. Ahmad Atiq Bin Abdul Hamid (31 tahun) yang merupakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, seorang aktivis dakwah & tarbiyah di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia & IKRAM Health telah mengalami pendarahan dalam otak pada 22/9/2017. Namun disahkan meninggal dunia pada 25 September 2017. Beliau adalah bekas graduan perubatan dari Nottingham University, United Kingdom.

Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak dan dikejarkan ke Hospital Ipoh untuk mengurangkan tekanan di dalam otak serta membuang darah beku. Keadaan beliau kali terakhir bergantung kepada alat bantuan pernafasan (ventilator) dan difahamkan petang 25 September 2017 sebelum bantuan pernafasan diputuskan. Semua dibenarkan melawat tanpa sekatan waktu sekarang dan keluarga akan diberi masa untuk bersama Dr Atiq seterusnya. Isteri Dr. Atiq adalah Dr. Mai Shahira graduan perubatan Leicester University United Kingdom berkelahiran Negeri Perak dan telah mempunyai 2 org cahaya mata (yang kedua baru berusia 3 bulan).

Punca Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia

Punca utama kematian Dr Ahmad Atiq adalah disebabkan pendarahan dalam otak sebelum beliau rebah atau pengsan dan dikejarkan ke ICU Hospital Ipoh. Ikuti penjelasan bagaimana serius punca kematian Dr Ahmad Atiq sehingga boleh membawa maut.

Apa yang berlaku pada Dr Atiq Hamid adalah intracerebral bleed (ICB), ataupun pendarahan otak, disebabkan arteriovascular malformation (AVM), satu keadaan di mana arteri dan vein di bahagian otak bersambungan, menyebabkan pressure antara keduanya tak seimbang (arteri pressure tinggi, vein pressure rendah). Keadaan salur darah di kawasan itu ternyata amat sensitif dan mudah pecah secara tiba-tiba.

Dr Atiq berumur 31 tahun, mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak. Juga seorang doktor yang berjiwa begitu besar sekali dalam menyumbang kepada ummah. Beliau sangat aktif di dalam dakwah dan tarbiah bersama isteri beliau, Dr Mai Shahira.

Lagi Gambar Ahmad Atiq Abdul Hamid Pelajar SPM Terbaik Meninggal Dunia

 

Sumber: melvister.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih