Sejarah Pemberian Bonus Pejawat Awam Tahun 1993 → Tahun 2016

Powered by WP Review

Sejarah Pemberian Bonus Pejawat Awam Tahun 1993 → Tahun 2016. Untuk Bajet 2018, CUEPACS berharap pemberian bonus sebulan setengah sebagai pengiktirafan kepada perkhidmatan penjawat awam, memandangkan sudah tujuh tahun penjawat awam hanya diberikan bantuan khas kewangan RM500. CUEPACS juga menuntut dua insentif baharu, iaitu elaun bandar raya dan rebat kepada pengguna pengangkutan awam.

Pemberian Bonus Pejawat Awam

CUEPACS mencadangkan kerajaan memperkenalkan elaun bandar raya sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penjawat awam berstatus miskin bandar yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya. Tuntutan itu adalah relevan susulan keperitan hidup dialami penjawat awam di bandar berikutan kenaikan kos sara hidup.

CUEPACS juga mencadangkan pemberian rebat kepada penjawat awam yang menggunakan pengangkutan awam menerusi kad diskaun, berkuatkuasa Januari tahun 2018. Pemberian rebat ini perlu diberikan kepada semua jenis pengangkutan awam bagi menggalakkan penggunaannya untuk pergi bekerja dan sebagainya, selain membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan perbelanjaan harian serta masa pergi dan balik dari tempat kerja.

Sejarah Pemberian Bonus Pejawat Awam Tahun 1993 → Tahun 2016

1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minimum RM400)

1994 – Bonus satu bulan gaji (minimum RM600)

1995 – Bonus satu bulan gaji (minimum RM600)

1996 – Bonus satu bulan gaji (minimum RM700)

1997 – Bonus satu bulan gaji (minimum RM700)

1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400

1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minimum RM1,000)

2000 – Bonus setengah bulan gaji (minimum RM500)

2001 – Bonus setengah bulan gaji (minimum RM1,000)

2002 – Bonus satu bulan gaji (minimum RM1,200)

2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam

2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minimum RM1,500)

2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minimum RM1,500)

2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minimum RM1,500

2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)

2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minimum RM1,000)

2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500

2010 – Bantuan Khas Kewangan RM1,000

2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minimum RM1,000)

2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minimum RM1,500)

2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500

2014 – Bantuan Khas Kewangan RM500

2015 – Bantuan Khas Kewangan RM500

2016 – Bantuan Khas Kewangan RM500