Pendaftaran Dan Syarat Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Powered by WP Review

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim – Berita baik dan hadiah istimewa buat rakyat Negeri Johor dari segi skim perumahan. Program perumahan untuk Bangsa Johor yang dinamakan “Rumah Impian Sultan Ibrahim” akan dilancarkan pada hari Rabu, 22 Mac 2017. Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan melancarkannya di Galeria Kotaraya. Johor Bahru. Lebih istimewa, pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59. Jadi apakah syarat pendaftaran rumah mampu milik ini?

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Cara Daftar Rumah Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Harga rumah dipasaran terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu untuk memliliki kediaman sendiri. Demi kebaikan rakyat, Yayasan Sultan Ibrahim di bawah naungan dan bimbingan Sultan Ibrahim Iskandar akan membangunkan tanah seluas 24 hektar bagi membina banglo dan rumah semi-D yang mampu dibeli penduduk.Prapelancaran fasa pertama membabitkan 600 unit rumah akan disempurnakan pada hari Rabu, 22 Mac 2017.

#Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar deposit RM1 untuk pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah.

Tarikh Pelancaran Rumah Bangsa Johor

  • Hari : Rabu, 22 Mac 2017
  • Masa : 2:30 petang
  • Tempat : Galleria@Kotaraya
tarikh dan lokasi daftar rumah bangsa johor

Syarat Pendaftaran Rumah Bangsa Johor

#Di antara syarat-syarat layak memiliki rumah Bangsa Johor ini adalah seperti berikut.Syarat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  1. Rakyat kelahiran Negeri Johor yang berumur 18 tahun dan keatas
  2. Taraf bujang atau telah berkahwin
  3. Satu permohonan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
  4. Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah

Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-

Jenis A

  • Harga rumah dari RM130,001 hingga RM150,000 : Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan

Jenis B

  • Harga rumah dari 100,001 hingga RM130,000. Pendapatan tidak lebih dari RM6,000 sebulan

Jenis C

  • Rumah berharga RM70,000 hingga RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan

#Kepada Bangsa Johor yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Rumah sendiri. – panduanmalaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih