Semakan Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online & SMS

Powered by WP Review

Semakan Pendaftaran MUET Sesi Mac 2017 Online & SMS – Perhatian kepada sesiapa yang berkenan untuk menduduki peperiksaan MUET bagi sesi Mac 2018. Tarikh pendaftaran bagi sesi Mac 2018 adalah dari 26 Januari 2018 hingga 25 Februari 2018. Untuk makluman, pelajar kini boleh membuat Semakan Slip Daftar MUET 2018 Sesi Mac, Julai dan November secara online dan juga SMS. Slip pendaftaran MUET perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran menduduki ujian MUET.

Semakan Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online & SMS

Semakan Pendaftaran MUET Sesi Mac 2018 Online & SMS

Berikut kami kongsikan panduan cara membuat Semakan Pendaftaran Peperiksaan MUET 2018 Online yang dikongsikan dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semakan Pendaftaran MUET 2018

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui Portal Rasmi MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :

  • Bayaran adalah sebanyak RM 100.00 dengan cara membeli PIN MEC di Bank Simpanan Nasional.
  • MUET MAC 2018 : Bermula 26 Januari 2018 sehingga 25 Februari 2018
  • Calon dikehendaki menyemak status keputusan daftar MUET di portal MPM mulai Mac 2018.

Semak jadual peperiksaan MUET di sini : Kalendar Peperiksaan MUET

Nota : Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing. Rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Semoga sesiapa yang mahu menduduki sempat mendaftar dan mencapai syarat minima bagi band pencapaian muet.

Cara Semak Slip Pendaftaran Secara Online

Anda boleh semak dan print slip tersebut melalui pautan yang disediakan dibawah:

Sila Klik : Applikasi Semakan

Semakan Secara SMS

Calon boleh menyemak status MUET melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip

  • MUET <jarak> INFO <jarak> Nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888

Panduan Rahsia Lulus MUET

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat  mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Semoga bermanfaat kepada pelajar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih