loading...

Borang Pendaftaran SL1M Online Dan Syarat Kelayakan

Borang Pendaftaran SL1M Online Dan Syarat Kelayakan. Apa itu SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia? Berita baik buat para lepasan Ijazah/ setaraf yang sedang menganggur ataupun bekerja tidak setaraf dengan kelayakan mereka. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SL1M iaitu cara mendaftar borang Skim Latihan 1Malaysia. Peserta yang terpilih menyertai SL1M akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian. Senarai Bantuan Kerajaan 2018 dan cara memohon

Latihan yang diberikan akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Jangka masa latihan SL1M adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Borang Pendaftaran SL1M Online Dan Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting dalam membuat pendaftaran SL1M meliputi apa itu SL1M, kumpulan sasaran dan borang permohonan.

Apa Itu SL1M?

Menurut Portal Rasmi SL1M, Program SL1M telah dilancarkan pada 1 Jun 2011. Ianya adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur dalam meningkatkan tahap keupayaan diri. Ianya dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Kumpulan sasaran adalah

  1. Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman
  2. Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Bagaimana Cara Membuat Permohonan SL1M Atau Pendaftaran Secara Online?

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SL1M online.

Syarat Kelayakan SL1M

Peserta mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut sebelum mengisi borang pendaftaran:-

  1. Graduan mestilah seorang warnganegara Malaysia
  2. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  3. Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia
  4. Graduan tidak menerima pekerjaan setelah enam bulan memperoleh ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  5. Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia.

Cara Mendaftar Peserta SL1M (Permohonan SL1M Online)

Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran seperti syarat kelayakan diatas, anda boleh membuat pendaftaran sebagai peserta Skim Latihan 1 Malaysia seperti berikut :-

  1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
  2. Isi maklumat lengkap dan sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan

Borang Permohonan SL1M Online Skim Latihan 1Malaysia boleh didapati di pautan berikut :-

Struktur Latihan Dan Modul Skim Latihan 1 Malaysia

Berikut dikongsikan di antara modul wajib dalam memantapkan kemahiran insaniah peserta Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).

Latihan Kemahiran Insaniah (2 Bulan)

  1. Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah adalah sebanyak minimum RM 1,000
  2. Komunikasi
  3. Kemahiran berfikir, menganalisa dan kreatif
  4. Penyesuaian Organisasi
  5. Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  6. Etika korporat, pemakaian dan adab
  7. Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat

Latihan Di Dalam Kelas

  1. Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  2. Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Keusahawanan
  5. Penguasaan Motivasi Diri
  6. Penguasaan Disiplin Diri
  7. Pemantapan Rohani dan Jasmani
  8. Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Latihan Di Luar Kelas

  1. Penerapan Semangat Berpasukan
  2. Aktiviti Pengurusan Acara/ Majlis
  3. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  4. Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  5. Taekwondo
  6. Aktiviti Berkawad
  7. Sukan dan Kokurikulum Luar
  8. Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan

  1. Minimum enam bulan dan maksimum 10 bulan
  2. Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra Pekerjaan – minimum RM 1,000

Penempatan Pekerjaan

  • Peserta akan dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

Kalendar Aktiviti SL1M Tahun 2018 Terkini

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018

  • Tarikh : 24 dan 25 Februari 2018
  • Negeri : Selangor
  • Lokasi : Malaysia Agro Exposition Park Serdang

Maklumat Lanjut Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) ini mendapat kerjasama dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang menjalankan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jawatan-jawatan yang ada ditawarkan termasuklah dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terlibat adalah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.

Kepada graduan yang berkelayakan, selamat membuat Permohonan Skim SL1M secara online melalui borang pendaftaran Skim Latihan 1Malaysia. Semoga latihan yang diberikan akan menjadikan anda seorang yang berjaya dalam karier anda. – www.permohonan.my

admin :