Pengambilan Dalaman Kursus Perundangan Universiti Malaya Dibuka Oktober Ini

Powered by WP Review

Pengambilan Dalaman Kursus Perundangan Universiti Malaya Dibuka Oktober Ini – Kepada pelajar yang berminat dalam bidang perundangan, di sini ada berita baik untuk anda. Universiti Malaya akan membuka permohonan dalaman untuk Ijazah Perundangan pada bulan Oktober ini. Tawaran ini terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap di Malaysia yang memiliki kelulusan STPM / Matrikulasi / Asasi atau Diploma / Ijazah dalam bidang berkaitan atau memiliki pengalaman kerja dalam bidang perundangan.

Pengambilan Dalaman Kursus Perundangan Universiti Malaya Dibuka Oktober Ini

 Kursus Perundangan Universiti Malaya

Apa perbezaan dengan kursus undang-undang (LLB) UM yang ditawarkan melalui portal pengambilan pelajar UPU?

Kursus ini dikenali sebagai Ijazah B.Juris (External) (BoJ). Ianya membuka peluang kepada pelajar yang memiliki kelayakan yang rendah atau gagal dalam permohonan UPU akibat persaingan yang tinggi atau kurang berkemampuan untuk masuk ke swasta tetapi berminat dalam bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam, pendakwa raya, hakim dan sebagainya.

Apa kelebihan kursus BoJ ini?

Dari segi yuran pengajian, ianya lebih murah berbanding LLB di mana-mana universiti awam iaitu bermula dengan RM10,000 hingga 14,000 sahaja mengikut tempoh pengajian.

Selain itu, tempoh pengajian lebih pendek iaitu minimum 3 tahun berbanding LLB 4 tahun, jumlah subjek yang sedikit, tiada kerja kursus (assignment), tiada latihan praktikal dan peperiksaan dalam bahasa melayu berbanding dengan LLB. Rujuk struktur pengajian BoJ dibawah.

Adakah kursus ini mendapat pengiktirafan?

BoJ ini diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Kelayakan, yang mana pengiktirafan ini membolehkan lulusan BoJ untuk menduduki peperiksaan Amalan Sijil Perundangan (CLP) bagi melayakkan mereka masuk ke profesion undang-undang seperti menjadi peguam, hakim, pendakwa raya dan sebagainya sama seperti lulusan LLB.

Perbezaanya adalah lulusan LLB di universiti awam, tidak perlu mengambil peperiksaan CLP dan boleh terus sahaja jadi peguam setelah tamat pengajian tetapi BoJ wajib ambil CLP sama seperti graduan LLB di IPTS.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai lesen CLP ini pun, anda boleh sahaja memohon kerjaya dalam profesion seperti berikut :

  • Paralegal
  • Pembantu Undang-undang
  • Guru Undang-undang
  • Ahli Sejarah Undang-undang
  • Pentadbir Undang-undang

Cara Membuat Permohonan

Jadi kepada berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh terus ke laman rasmi mereka untuk semak syarat kelayakan dan yuran pengajian atau klik link dibawah.

Nota : Sistem permohonan hanya akan dibuka sebaik sahaja mereka mengumumkan tarikh buka permohonan. ( Tarikh akan dikemaskini )

Sumber : Afterschool, law.um.edu.my