Permohonan Ambilan Kedua ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sesi Februari 2018

Powered by WP Review

Permohonan Ambilan Kedua ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sesi Februari 2018 – Perhatian kepada anda lepasan diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, kini Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membuka pengambilan kedua untuk permohonan kemasukan UMK sesi Februari.

Permohonan Ambilan Kedua ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sesi Februari 2018

Permohonan Ambilan Kedua ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sebelum permohonan, anda dinasihatkan untruk merujuk syarat memohon program atau kelayakan permohonan melalui pautan dibawah :

 

Permohonan Kemasukan ke UMK

Permohonan ditutup pada 31 Disember 2017.

Cara Membuat Permohonan

Kepada anda yang berminat untuk memohon bolehlah memuat turun borang permohonan melalui pautan yang disediakan dan mengisi borang permohonan berkenaan dengan lengkap.

Permohonan yang lengkap boleh di scan dan dihantar ke akademik@umk.edu.my bersama-sama dengan salinan dokumen berikut :

  • Kad Pengenalan Pemohon
  • Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
  • Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa
  • Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/Setaraf
  • Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan

Nota : Semua dokumen perlulah disahkan dahulu

Permohonan juga boleh dihantar ke alamat berikut :

Bahagian Pentadbiran Akademik
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok,
Beg berkunci No. 01
16300 Bachok Kelantan
Tel : 09-7797023 / 7010 / 7027
Faks : 09-7797002

Untuk semakan syarat kelayakan, SILA KLIK DISINI. Sekali lagi diingatkan, permohonan ini HANYA TERBUKA UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAHAJA.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih