Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019

Powered by WP Review

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019 Online. Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Sekolah Menengah? Berita baik buat khususnya kepada anak jati Pahang yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini anda boleh membuat permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019 di portal rasmi Yayasan Pahang. Permohonan biasiswa ini akan diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan keutamaan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang

Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Pahang 2018/ 2019

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah, sekiranya berminat untuk memohon :

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-

a.Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, atau

b.Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.

c.Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.

3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum.

4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama/ Sekolah Menengah Agama Rakyat/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang 2018/ 2019 Online

1. Borang permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang boleh didapati di sekolah masing-masing dan di Pejabat Wakil Rakyat yang dilantik oleh Yayasan Pahang.

Untuk keterangan lanjut layari ke laman web rasmi Yayasan Pahang di http://www.yp.org.my/.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Pahang Sekolah Menengah 2018/ 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

sumber: mybiasiswa.net

Search terms: