Permohonan Caruman KWSP Suri Rumah RM50

Powered by WP Review

Permohonan Caruman KWSP Suri Rumah RM50. PUTRAJAYA: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Caruman KWSP Suri Rumah

Permohonan Caruman KWSP Suri Rumah RM50

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata beliau akan bertemu dengan KWSP minggu depan berhubung pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.

Beliau berkata antara perkara yang perlu dibincangkan dengan KWSP ialah mengenai mekanisme caruman KWSP untuk suri rumah, siapa yang layak dan kaedah pemberian.

“Kita juga kena fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua kalau untuk orang Islam,” katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini Khamis.

Dr Wan Azizah berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan antara keutamaan untuk dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia merupakan satu daripada manifesto 100 hari Pakatan Harapan.

Dr Wan Azizah tiba di kementerian itu pada pukul 9 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha kementerian Datuk Suriani Ahmad dan warga kerja kementerian itu.

Beliau kemudiannya mengetip kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum ke pejabat beliau di Aras 38.

Di pejabat menteri, beliau menerima nota serah tugas daripada bekas menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat oleh pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkeyakinan warga kerja kementerian itu akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

“Saya rasa kami akan menjadi satu pasukan yang baik,” katanya.-Bernama

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! D


4 Kelebihan Wanita Digalakkan Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

“Ramainya isteri berhenti kerja untuk jaga anak mereka di rumah. Perlu ke aku berhenti kerja untuk beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga?”

“Nanti apa pula orang cakap, belajar tinggi-tinggi, end up jaga anak kat rumah.”

Mungkin kata-kata sebegini sering kali membelenggu fikiran ibu-ibu yang mengimpikan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga yang dibina, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah dikurniakan anak.

Sebenarnya tanpa kita sedari banyak kelebihan sekiranya si ibu berhenti kerja untuk menjaga anak mereka di rumah.Tetapi bersediakah anda untuk melepaskan kerjaya tersebut dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga selepas ini?

4 Sebab anda tidak perlu menyesal berhenti kerja untuk menjaga anak dan keluarga di rumah.


1) Melihat anak membesar di depan mata

Sebagai seorang ibu, sudah pasti anda mahukan yang terbaik untuk anak anda terutama semasa proses membesar.

Pasti seronok dan teruja melihat setiap perubahan yang berlaku pada anak kita, terutama bagi mereka yang pertama kali mendapat zuriat.

Malahan, hubungan ibu dan anak akan semakin erat serta dapat membina satu sifat kepercayaan yang tinggi dalam perhubungan tersebut.

Sudah pasti anda inginkan yang terbaik dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak tersebut.


2) Dapat elak kes-kes yang melibatkan pengasuh atau di taska

Kita sering mendengar kes kematian atau penderaan kanak-kanak di taska dan di rumah pengasuh. Perkara ini yang paling ditakuti oleh ibu bapa pada hari ini.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2014, sebanyak 2,409 kes penderaan kanak-kanak direkodkan.

Sebanyak 186 kes dilaporkan dilakukan oleh pengasuh di rumah jagaan kanak-kanak atau pusat penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti.Namun ia dapat dielakkan sekiranya ibu menjaga sendiri anak mereka di rumah tanpa memerlukan mereka menghantar anak mereka ke rumah pengasuh.

Selain itu, ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu membayar untuk kos penjagaan di rumah pengasuh dan taska.Tidak guna sekiranya gaji beribu membayar upah pengasuh dengan harga yang mahal tetapi anak tersebut tidak dijaga dengan baik.

3) Dapat menjana pendapatan dari rumah

Siapa kata duduk rumah tak boleh dapat duit?

Wanita yang tidak bekerja perlu bijak untuk mencari peluang menjana pendapatan walaupun hanya duduk di rumah. Tidaklah bosan saja di rumah.

Online business adalah pekerjaan yang paling mudah untuk dilakukan dimana-mana sahaja.Selain itu, anda juga boleh membuat home tuition, selain dapat duit, dapat juga berkongsi ilmu.

Dengan adanya side income ini, ia dapat membantu menambahkan jumlah pendapatan keluarga dan meringankan beban suami.

4) Menjaga keperluan suami dan rumah tangga

Selain dapat memberi perhatian kepada anak, si isteri juga boleh menjaga keperluan suami sepenuhnya.Jika sebelum ini memerlukan khidmat pembantu rumah untuk menguruskan semuanya, tetapi selepas berhenti kerja semuanya sudah boleh dilakukan sendiri.

Suami pasti lebih seronok untuk pulang ke rumah selepas kerja, tambahan pula kalau ada hidangan daripada air tangan isteri sendiri.

Walaubagaimanapun, tugas suri rumah tidak semestinya hanya dilakukan oleh kaum wanita, tetapi suami juga turut digalakkan untuk menggalas tanggungjawab tersebut agar isteri tidak rasa terbeban.-siraplimau.com

Permohonan Caruman KWSP Suri Rumah RM50