Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018

Powered by WP Review

Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018. Buat mereka yang kurang mengerti bagaimana untuk mendaftar BRIM 2018 dan penerima sedia ada yang ingin mengetahui cara-cara untuk kemaskini, disini kami tunjukkan kepada anda cara-cara untuk memohon dan kemaskini. Permohonan baru dan pengemaskinian boleh dilakukan secara online ataupun manual.

Kemaskini BRIM 2018

Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018

Sebelum mendaftar BRIM 2018, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan, iaitu:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4, 000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2, 000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BRIM 2018
  • Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BRIM 2018.

Borang permohonan BRIM 2018 boleh diperolehi secara percuma dengan:

memuat turun di portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau http://www.treasury.gov.my; atau semua cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil LHDN / Urban Transformation Centre (UTC) LHDN.

Borang yang lengkap mestilah dikemukakan bersama salinan dokumen, iaitu:

  • MyKad pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Passport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / Sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda.

Permohonan baru BRIM 2018 hanya akan dibuka mulai Disember 2017 SAHAJA. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, dapatkan Panduan Pengguna Permohonan Baru di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kemaskini BRIM 2018

Pemohon boleh kemaskini maklumat dengan 2 cara, iaitu:-

2. Secara Online

  • Layari portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Klik menu kemaskini Permohonan
  • Masukkan No. MyKad dan klik kemaskini Permohonan
  • Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan maklumat anda.

1. Secara Manual
Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:-

  • Portal rasmi e-BR1M, https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun di menu Borang)
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
  • Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan.

Bagi Skim Khairat Kematian BRIM, permohonan kemaskini maklumat waris adalah bermula 3 April – 31 Mei 2017. Anda diingatkan supaya peka dengan setiap pengumuman mengenai BR1M. Sebarang masalah / pertanyaan, hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018