Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2018/ 2019 Online

Powered by WP Review

Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2018/ 2019 Online. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan egtukar sesi Jun 2018 akan dibuka mulai 18 Februari 2018. Calon guru yang ingin memohon urusan perpindahan atau pertukaran boleh mengemukakan permohonan menerusi Aplikasi Egtukar seperti tertera dibawah. Manakala keputusan Egtukar sesi Tahun 2018 akan diumumkan keluar pada April 2018. Manakala semakan penempatan pertukaran pada bulan yang sama.

Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2017/ 2018 Online

eGTUKAR merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi urusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu:

  • Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

eGTUKAR boleh diakses melalui URL https://epgo.moe.gov.my/

Berikut adalah paparan halaman utama sistem tersebut.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PERTUKARAN GURU?

Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan guru bertukar ke negeri yang dipohon antaranya:

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Namun tak semua guru layak membuat permohonan secara online. Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based),
DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.

Mod Egtukar Guru Sesi Tahun 2018/ 2019

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI/BAHAGIAN/ANTARA DAERAH/DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2017 UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)