Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Powered by WP Review

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan Bantuan baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor khususnya kepada golongan wanita yang bergelar ibu di Selangor. Pemberian bantuan ini merupakan sebahagian Inisiatif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri dengan implikasi kewangan RM72 juta. Berita gembira tersebut diumumkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dalam Bajet 2018 Negeri Selangor.

PERMOHONAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Bantuan ini diberikan kepada golongan ibu yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan usaha yang dilakukan. Pemberian bantuan itu disambut baik kerana secara langsung mampu meringankan beban golongan ibu yang berpendapatan rendah. Golongan ini diberi tumpuan sebagai golongan yang layak diberi bantuan di bawah inisiatif ini kerana kebergantungan institusi keluarga terhadap peranan ibu yang bukan sahaja mendidik dan membesarkan anak tetapi memikul tanggungjawab mengurus kewangan keluarga.

Melalui KISS, Ibu di Selangor layak menerima bantuan sebanyak RM200 setiap bulan atau RM2,400 setahun kepada 30,000 penerima. Bantuan tersebut akan mula diberikan pada tahun 2018. Melalui Kad KISS, golongan ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti.

Golongan wanita berpendapatan rendah di bawah RM2,000, ibu tunggal dan wanita yang tidak berkahwin tetapi menjaga ibu bapa layak untuk menyertai program KISS.

Sebagai permulaan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan negeri komited untuk memulakan inisiatif itu bagi suku tahun pertama 2018 dengan pembiayaan sebanyak RM 18 juta.

Pembentangan itu dibuat di Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Ke-13 2017 di Bangunan Dewan Negeri Selangor ketika mengumumkan Strategi Kelima : Membangun Negeri Penyayang.

Search terms: