Permohonan Ke KKTM, MJII & IKM Bagi Sesi Januari 2018

Powered by WP Review

Permohonan Kemasukan Ke KKTM, MJII & IKM Bagi Sesi Januari 2018 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka permohonan secara online bagi kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sesi Januari 2018. Tarikh Buka Permohonan Online : 11 September 2017 dan Tarikh Tutup Permohonan Online : 27 Oktober 2017.

Permohonan Ke KKTM, MJII & IKM

Permohonan Ke KKTM, MJII & IKM Bagi Sesi Januari 2018

Syarat Am Kelayakan :

Program Diploma

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM)
  •    Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
  • Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Sijil

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM)
  • Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Bantuan Kewangan

  • i.Yuran Pengajian dibiayai oleh MARA
  • ii.Elaun sara hidup disediakan oleh MARA
  • iii.Bagi Pelajar Sabah dan Sarawak, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Semenanjung sekali sahaja semasa pengajian.
  • iv.Bagi Pelajar Semenanjung, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Sabah atau Sarawak sekali sahaja semasa pengajian.

Permohonan Ke KKTM, MJII & IKM Bagi Sesi Januari 2018

i.Penawaran pengambilan dibuat dua (2) kali setahun iaitu JANUARI dan JULAI

ii.Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE

*Kemasukan JANUARI: i. www.ekemahiran.edu.my – percuma

*Kemasukan JULAI: i. www.upu.mohe.edu.my – perlu membeli no. pin

Atau www.ekemahiran.edu.my – percuma

iii.Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Pengambilan Pelajar,

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,

Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605

Fax: 03-26914510

Sila Klik : Permohonan Secara Online

Search terms: