Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2018

Powered by WP Review

Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2018 di seluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2018 bagi sesi kemasukan Januari 2019. Kepada yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) bolehlah memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

GIATMARA 2018

Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2018

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Permohonan Pusat Kemahiran GIATMARA

Tarikh Permohonan Ditutup : 31 Disember 2018

Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA

  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Cara Membuat Permohonan GIATMARA

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa.

Program Sepenuh Masa

Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2018 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time).

Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/

Program Separuh Masa

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

Jurusan Kursus Yang Ditawarkan GIATMARA

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kluster Elektronik Mekatronik
  4. Kursus Kluster Fabrik
  5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Kulinari
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kursus Kluster Pengangkutan
  11. Kursus Kluster Percetakan
  12. Kluster Senibina

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my

Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA dan semoga anda berjaya. Kongsikan jika maklumat ini berguna kepada anda dan rakan-rakan.