Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) 2018/ 2019

Powered by WP Review

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) 2018/ 2019. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2018/ 2019 perlu membuat permohonan secara dalam talian di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah. 

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) 2018/ 2019

Cara Memohon Pengajian Di Timur Tengah (Mesir Dan Jordan):

(1) Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah.

(2) Sila baca Maklumat Permohonan 2018 sebelum memohon masuk ke dalam sistem.

(3) Sila baca Prosedur Dan Panduan Terkini Timur Tengah 2018 sebelum memohon masuk ke dalam sistem.

(4) Bagi memudahkan kelancaran proses memuat naik gambar semasa mengisi borang, anda dikehendaki untuk menyediakan gambar berukuran passport dalam format (*.jpg, *.png, *.jpeg) bersaiz tidak melebihi (1MB)

Tarikh Tutup Permohonan Pengajian Di Timur Tengah (Mesir Dan Jordan):

  1. Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) pukul 12.00 tengahari dan akan ditutup pada 29 Mac 2018 (Khamis) pukul 5.00 petang selepas keputusan SPM diumumkan.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Maklumat Permohonan Pengajian Di Timur Tengah

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853.

Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) 2018/ 2019