Permohonan Peduli Siswa 2018/ 2019 Online Kerajaan Selangor

Powered by WP Review

Permohonan Peduli Siswa 2018/ 2019 Online Kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman Peduli Siswa 2018 dalam bentuk boleh ubah berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Ia termasuk pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kampus Shah Alam, Puncak Alam dan Puncak Perdana.

Permohonan Peduli Siswa 2018/ 2019 Online Kerajaan Selangor

Tanpa mengira sempadan, delegasi Kerajaan Negeri ketuai Mohamed Azmin turut berlepas ke Maghribi, Jordan dan Mesir bagi menyampaikan sumbangan Peduli Siswa kepada anak Selangor di sana, pada April lalu. Kunjungan istimewa itu menyaksikan seramai 40 anak Selangor yang menyambung pengajian di Timur Tengah itu, masing-masing menerima RM3,000.

“Kita naikkan kepada RM3,000 daripada RM2,500 bagi menampung keperluan pelajar yang terkesan dengan ekonomi parah selain pemotongan bajet oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika pertemuan dengan pelajar berkenaan.

Syarat Kelayakan Permohonan Peduli Siswa 2018/ 2019 Online

Syarat Am

i.   Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia;
ii.  Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
iii. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor;
iv. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan di Universiti Awam berikut:

a.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
b.  Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
c.  Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
d. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam / Puncak Alam / Puncak Perdana)

Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

Syarat Akademik

i. Diploma
– Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata              pelajaran di peringkat SPM; atau
– Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

ii. Ijazah Sarjana Muda
– Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma                dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

– Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata              pelajaran di peringkat STPM; atau
– Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana          mata pelajaran di peringkat STAM.

iii. Ijazah Perubatan
– Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di            Universiti Awam yang disenaraikan.

Kadar Pembiayaan Pinjaman Peduli Siswa 2018/ 2019 Online

PERINGKAT PENGAJIAN JUMLAH PEMBIAYAAN SETAHUN PEDULI SISWA
 (RM)
Diploma 4,900.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai) 6,500.00
Ijazah Perubatan 7,000.00

Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh mula pengajian sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Peduli Siswa 2018/ 2019

Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

Peringkat Pengajian Pencapaian PNGK / CGPA Terakhir Peratus Pengurangan
Diploma/ Ijazah Sarjana (semua bidang pengajian) 3.75 hingga 4.00 100%
3.50 hingga 3.74 50%
3.20 hingga 3.49 25%
3.19 dan ke bawah 0%
Ijazah Perubatan LULUS 100%

Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i.   tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;

ii.  tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan

iii. mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS

PERMOHONAN AKAN DIBUKA PADA 1 – 28 FEBRUARI 2018

  • Bagi pemohon yang baru mendaftar, sila klik di sini baru 1
  • Bagi pemohon yang telah mendaftar pada sesi terdahulu, sila klik di sini 

Semoga Permohonan Peduli Siswa 2018/ 2019 Online Kerajaan Selangor ini bermanfaat.