Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018/ 2019 Online

Powered by WP Review

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018/ 2019 Secara Online. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan secara online dan pemilihan terbuka siri 186/ 44 tahun 2018 dibuka seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM dan Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan.

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018/ 2019 Online

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi pengambilan Siri 186/ 44 tahun 2018. Untuk pengguna kali pertama, sila daftar terlebih dahulu sebelum log masuk ke sistem JOM MASUK TENTERA. Pastikan anda memasukkan alamat emel yang masih aktif kerana Id Pengguna dan Kata Laluan akan dihantar ke emel ini.

Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda 2018/ 2019 Online

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah Semasa pengambilan.

Kelayakan Akademik.

Calon bagi Tugas Am seperti berikut:

  • SPM – KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Keutamaan diberi kepada calon bagi Tugas Khusus seperti berikut:

  • Kor Kesihatan Diraja – Diploma dalam bidang Kejururawatan, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Pemulihan Perubatan (Carakerja)/Fisioterapi, Radiografi/Radioterapi, Sains Veterinar atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Lain-lain Kor/Rej – Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Calon bagi Tugas Khusus hendaklah memiliki KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fizikal.

  • Tinggi – 1.62m bagi lelaki dan wanita (Tanpa bersepatau).
  • Berat – 47.5kg bagi lelaki dan wanita.
  • Ukuran Dada – Minimum 76sm dan Tarik Nafas 81sm (Lelaki sahaja).
  • Body Mass Index (BMI) antara 18 – 25.

Kesihatan.

  • Tidak cacat anggota dan diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.
  • Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun warna.

Taraf Perkahwinan.

  • Bujang dan tidak pernah berkahwin (wanita sahaja).

Kerjaya.

  • Perajurit Muda berpeluang untuk kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Gaji.

  • Skim gaji yang sedia ada mengikut pangkat dan selaras dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA – ATM) yang sedang berkuatkuasa.

Kemudahan dan Keistimewaan.

  • Pakaian seragam percuma.
  • Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  • Perkhidmatan dobi dan jahitan percuma.
  • Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  • Kemudahan rumah keluarga.
  • Asrama bujang.
  • Cuti tahun.
  • Waren perjalanan cuti tahun bersama keluarga.
  • Bayaran Elaun Malaysia Timur bagi yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran Insentif Semenanjung.
  • Sajian percuma.

PERHATIAN:

Calon-calon juga mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/juvana atau dadah. Bagi calon-calon yang masih menjadi saksi dalam kes-kes perbicaraan mahkamah, kemasukan ke dalam ATM adalah ditangguhkan sehingga kes selesai.

 

CARA-CARA MEMOHON PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT 2018/ 2019 ONLINE

Cara Pertama: Dengan mendaftar melalui Jom Masuk Tentera di url www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

Cara Kedua: Menghantar Borang Permohonan beserta dokumen seperti dibawah sebanyak 2 SALINAN:

  • Kad Pengenalan (MY KAD).
  • Sijil Kelahiran Pemohon.
  • Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
  • Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  • Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  • Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia – sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  • Sijil Berhenti Sekolah.
  • Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  • Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  • Sekeping gambar terkini berukuran passport.

Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen seperti diatas melalui Pos ke alamat:

SEL PENGAMBILAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA, MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:

Jom Masuk Tentera
http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

Portal Tentera Darat – Semakan Layak Peringkat Akhirs
https://www.army.mil.my/akhir atau http://army.mod.gov.my/akhir

Sebarang pertanyaan boleh hubungi cawangan ini di talian 03-2071 4258/2197/4254 dan anda tidak digalakkan menggunakan perkhidmatan Sistem Pertanyaan Atas Talian. Harap maklum.

PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 59/18 – LELAKI (SEMENANJUNG – GRADUAN DIPLOMA)

Permohonan Perajurit Muda

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL: 03 – 26812412/2413/2414

Search terms: